Pencinta seni hiburan tempatan pastinya mengenali figura seksi, Aleeza Kasim sangat sinonim dengan penampilannya yang trendy dan sentiasa up to date, sesuai dengan penglibatannya dalam dunia modeling.
Meski sudah mencecah usia 48 tahun, namun anak kelahiran Kuala Lumpur seperti tidak dimakan usia, malah tampak kekal aktif dengan kehidupannya sehari-hari.
Yang paling penting, sebelum bermulanya era Scha Alyahya dan Neelofa, namanya memang disebut-sebut sejurus menjuarai program realiti Dewi Remaja 1987/88.
Selain Aleeza, beberapa nama sinomim lain yang turut mencuba nasib dalam pencarian tersebut pada edisi sama ialah Azah Aziz dan Sharifah Shawati.
Jadi, jom lihat gambar-gambar terkini Aleeza itu yang kekal cantik, slim dan hot!
Terkini, pencarian Dewi Remaja 2019/19 kini bermula. Seramai 12 para gadis kini mengejar cita-cita merebut gelaran Dewi Remaja terbaru. Saksikan program realiti berkenaan setiap hari Ahad pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104.
Foto : Instagram Aleeza Kasim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi wanita selepas bersalin, berat badan yang bertambah semasa hamil pasti menjadi suatu pengalaman yang kurang menyeronokkan. Lalu, perkongsian dari pelakon cantik, Lisa Surihani ini mungkin boleh berikan manfaat.
Nak tahu apa yang isteri kepada Yusry Abdul Halim ini lakukan? Ini dia 6 tips mudah!
1. Ambil beras herba poni atau beras khas untuk pesakit, tak kisah jenama apa sekalipun.
2. Elakkan mengambil makanan atau minuman bergula termasuk kordial, minuman bergas atau minuman yang ditambah gula. Lebih baik, cuba amal teh atau kopi tanpa gula.
3. Lakukan intermittent fasting.
4. Lakukan senaman.
5. Dapatkan tidur yang cukup.
6. Minum air putih dalam kuantiti yang banyak.
Lebih menarik, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini juga mendedahkan, berat badannya pernah naik mendadak kepada 66kg selepas bersalinkan anak keduanya, Yusof Leonne ketika berusia 4 bulan.
Bagaimanapun, selepas Yusof mencecah 1 tahun, beratnya kembali menurun kepada 53kg.
Kini anak lelakinya itu telah pun berusia 1 tahun 7 bulan, Lisa berat Lisa sudah berjaya dikurangkan sebanyak 17kg kepada 49kg.
Di ruangan sama, Lisa turut meninggalkan kata inspirasi dan semangat kepada mereka yang mengamalkan diet sihat demi usaha untuk menurunkan berat badan agar bersabar dan tidak beriya-iya menurunkan berat badan secara drastik.
Sebab paling penting, kesihatan ialah keutamaan dalam mendapatkan berat badan ideal untuk diri kita.
Agak-agak, korang boleh follow tak cara Lisa ni? Mudah je kan?
Foto: Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak beberapa hari ini, usahawan kosmetik, Joy Revfa ada memuat naik beberapa keping foto yang dipercayai teman lelaki barunya, dikenali dengan nama Faiz.
Lalu, perkongsian berkenaan mendapat reaksi pelbagai netizen dan rata-ratanya meminta agar usahawan berkenaan cepat-cepat mendirikan rumah tangga kerana sudah lama hidup solo.
Terkini, Joy ada memuat naik entri di Instagram, menyatakan reaksi si ibu terhadap teman barunya itu.
Menurut Joy, ibunya ada meminta agar mereka cepat mendirikan rumah tangga.
“Restu seorang ibu. Ibu kata dah nak lepas tanggungjawab jaga Joy dan Arryan pada bakal imam. Tapi Joy cakap sabar dulu ibu. Awat kalut sangat biar kena 3 hingga 5 tahun dulu baru ibu leh lepas tanggungjawab jaga kami ni.
“Tapi ibu balas jangan…sebelum jadi apa-apa pada ibu, elok la cepat sikit. (ugutan macam ni yang tak leh nak dengar ni…).
“InsyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana. Mana tahu next year ke, pakai #ayatselamat,” tulisnya panjang lebar.
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 tetapi mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober tahun sama.
Joy juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, 4 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kepada peminat siri Justice League tentu mengenali watak Aquaman ini kan? Pertama kali watak ini muncul adalah di dalam filem Superman vs Batman dan kemudiannya di Justice League, tahun lalu.
MH difahamakan bahawa filem ini muncul setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat siri Justice League untuk lebih mengenali Aquaman atau nama sebenarnya Arthur Curry.
Sedikit sinopsis untuk filem ini, Arthur mengetahui mengenai rahsia kelahirannya bahawa dia adalah pewaris kerajaan di bawah lautan yang dikenali sebagai Atlantis.
Ibunya adalah Ratu di Atlantis manakala bapanya adalah manusia biasa. Susulan itu, dia terpaksa terlibat dalam perebutan takhta antara dia dan adik tirinya dalam usaha untuk memastikan keharmonian dunia lautan dan di darat.
Adik tirinya seorang yang sangat membenci orang di darat kerana beranggapan bahawa merekalah punca hidupan di lautan merana.
Oleh itu, MH ingin berkongsi trivia-trivia menarik mengenai filem ini.
1. Pengarah filem ini adalah James Wan. Individu yang bertanggungjawab membawakan filem Insidious dan Fast 7 kepada penonton.
2. Filem Justice League yang paling tak ‘gelap’, berbeza dengan filem-filem Batman, Wonder Women dan lain-lain.
3. Watak Aquaman/Arthur Curry dibawakan oleh Jason Momoa manakala watak Aqua girl/ Mera dibawakan oleh Amber Heard. Antara pelakon lain yang ada didalam filem ini adalah Nicole Kidman, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren dan Yahya Abdul-Mateen II.
4. Filem ini banyak menceritakan mengenai kisah hidup Arthur yang kononnya lahir sebagai anak luar nikah antara Ratu Atlantis dan bapa manusianya itu.
5. Sebenarnya, dia tak nak pun takhta kat Atlantis tu, namun melihatkan adiknya seorang yang gila kuasa dan ingin menghancurkan dunia membuatkan dia kena memegang tanggungjawab sebagai raja lautan.
6. Antara kuasa yang Aquaman ada adalah mengawal ombak di lautan, berkomunikasi dengan hidupan laut, kuat dan juga boleh berenang secara ‘supersonic’.
7. Majoriti penggambaran filem ini dilakukan di Studio Village Roadshow di Gold Coast, Queensland namun ada juga di Newfoundland, Kanada, Sicily dan Maghribi.
8. Malaysia merupakan antara negara yang beruntung kerana dapat menonton filem ini dahulu kerana tarikh keluaran Aquaman di Amerika Syarikat dan Eropah adalah pada Jumaat ini.
9. Pengkritik filem memuji sinematografi filem ini. Babak yang paling disukai penonton adalah babak peperangan di awal cerita.
10. Filem ini juga terselit mesej penting buat penonton agar menjaga kebersihan lautan, oleh kerana kerakusan manusia, haiwan laut yang menjadi mangsa. Manalah haiwan laut tak marah pada manusia kan?
Apa-apapun, MH lihat ramai yang beri respon positif kepada filem ini. Yang penting, ramai yang berpuas hati dengan jalan cerita dan juga sinematografi Aquaman. Ternyata, James Wan tidak pernah menghampakan!
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.