Pengarah dan penerbit filem, Datuk Haji Afdlin Shauki kini menambah satu lagi ‘jawatan’ di dalam karier seninya sebagai penulis novel selepas naskhah Papadom mula dipasarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Novel setebal 160 muka surat yang diterjemahkan daripada skrip filem arahannya, Papadom ini menjadi pilihan pertama Datuk Afdlin Shauki kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.

“Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.

“Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.

“Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.

IKLAN

“Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak?

“Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah PAPADOM. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita.

“Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya.

IKLAN

“Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yg yang ternilai di hati bapa mereka,” katanya.

“Cerita Ini Saya Tulis Kerana Sebagai Ayah, Ada Rasa Kesal Dalam Diri Sebab…,” – Afdlin Shauki Ada Sebab Bukukan Papadom “Cerita Ini Saya Tulis Kerana Sebagai Ayah, Ada Rasa Kesal Dalam Diri Sebab…,” – Afdlin Shauki Ada Sebab Bukukan Papadom “Cerita Ini Saya Tulis Kerana Sebagai Ayah, Ada Rasa Kesal Dalam Diri Sebab…,” – Afdlin Shauki Ada Sebab Bukukan Papadom “Cerita Ini Saya Tulis Kerana Sebagai Ayah, Ada Rasa Kesal Dalam Diri Sebab…,” – Afdlin Shauki Ada Sebab Bukukan Papadom

IKLAN

Papadam dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90. Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara.

Malah, hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.

“Kami juga merancang untuk menyertai acara-acara yang melibatkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Datuk Afdlin Shauki kini turut memegang jawatan sebagai Pengerusi YWP Media Sdn yang turut penerbit akhbar mingguan Wilayahku dan merupakan anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI