Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sekali lagi memukau para juri apabila menyuntik elemen silap mata di dalam persembahan minggu keempat program The Hardest Singing Show, malam tadi.
Selain helah badan terbelah dua, momen di mana Ayda hilang ketika di atas pentas juga nyata menggamatkan suasana Auditorium CIDB.
Menurut Ayda, dia bersyukur persembahan tersebut berjalan lancar walaupun waktu latihan yang agak singkat.
“Saya hanya sempat berlatih selama satu hari sahaja bersama ahli silap mata kerana peralatannya lambat sampai.
“Ketika peserta lain sedang rehearsal, waktu itulah saya belajar helah tersebut sekali dengan peralatan. Saya perlu buat aksi tersebut selancar yang mungkin.
“Ahli silap mata itu banyak berikan tunjuk ajar. Kalau tidak lancar, persembahan ini tidak akan menjadi lebih-lebih lagi bila ada banyak kamera di atas pentas.
Ads
“Team saya sampai perlu duduk di bahagian atas pentas untuk pastikan helah ini berjalan sempurna,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Pencuri Hati itu berkata sedemikian ketika ditemui di selepas berakhir konsert THSS pada Ahad.
Persembahan hebat tersebut meletakkan Ayda ditempat pertama seterusnya membawa pulang hadiah mingguan berupa wang tunai RM2,000.
Ads
Diminta mengulas komen juri Zizan Razak yang menyifatkan dirinya menyusahkan peserta lain kerana menampilkan persembahan luar biasa setiap minggu, Ayda memandang perkara itu dari sudut positif.
“Saya hargai komen tersebut. Bila Zizan komen sebegitu, mungkin dia maksudkan yang saya sudah menetapkan penanda aras baharu bukan sahaja untuk peserta tetapi program ini juga.
“Saya harap program ini bukan sahaja diterima di Malaysia tapi turut diangkat ke negara luar. Saya nak program ini turut dibuat di negara lain.
Ads
“Bila kita jadi yang pertama, sudah tentu kita nak berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, THSS bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Rina Nose.
Para peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu komposer, Edry Abdul Halim, penyanyi Indonesi, Datuk Seri Rossa dan pelawak Zizan Razak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir pada 12 Januari 2024.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.
“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin
DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aduh, tergamak betul seorang ibu melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing demi duit. Geleng kepala betul MH dengar cerita macam ni.
Ibu tersebut yang merupakan ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku bersalah Oktober yang lalu.
Dia juga yang berusia 39 tahun itu diarahkan Hakim Kamarudin Kamsun untuk menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
ibu tunggal itu didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober yang lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di baca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Wanita bersikap keji itu juga tergamak melacurkan dua anaknya hanya untuk mendapatkan bayaran serendah RM50 daripada lelaki warga asing selain dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk berkenaan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...