Pelakon, Datuk Aaron Aziz ada memuat naik satu rakaman video lamanya yang penuh memberi makna menerusi laman media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz mengimbau kenangan saat awal bergelar suami kepada isterinya, Diyana Halik.
Perkongsian istimewa daripada bintang filem Pisau Cukur ini adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
“17 tahun dahulu. Sebelum @danishanaqiaaron sebelum @dwiarianaaaron sebelum @dahliaarissaaaron Cepat betul masa berlalu,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Aaron turut mendoakan agar mahligai cinta yang dibina sentiasa dirahmati Yang Maha Kuasa.
“Semoga ALLAH berkati rumahtangga kami @diyanahalik Happy Anniversary Dar. My dearest arwah Aunty Latipha can be seen at the back. May ALLAH forgive her and place her amongst the blessed ones in Jannah Ameen.
Ads
“Siapa use the same Kadi? #ustazNorRazak #ustazFierce ##Abgbuatmukamonyet #Abglafaz1takeajeK #Abgtakperlurehearsaltaketerus #Abgkuruscekedingtimeni #AbgbersyukurkpdALLAH,” tulis bintang asal Singapura itu lagi.
Selepas terpalit dengan isu salah faham dengan salah seorang penerbit dan pengarah drama tempatan, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.
Menurut Fikry, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya ketika ini selain turut memohon maaf andai ada mengguris hati mana-mana pihak.
“Pertama kali saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya atas isu baru-baru ini.
“Sejujurnya tiada pun negatif komen yang saya terima. Terima kasih buat mereka yang menasihati saya.
“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya sendiri ada menyakitkan sesiapa dan bagi mereka yang ada menyakiti saya, saya dah maafkan. Saya faham tidak semua orang faham mengenai isu ini.
“Bila isu itu terjadi, hidup saya tidak terkesan pun. Saya okay sahaja tiada pula nak sedih-sedih,” jelasnya.
Fikry berkata demikian sewaktu ditemui di sesi pengambaran program Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sepang International Circuit baru-baru ini.
Ditanya mengapa dia tidak membuat video susulan di platform media sosial, Fikry punyai jawapannya yang tersendiri.
“Ada yang tanya saya kenapa saya tidak buat video susulan kalau betul saya tak salah, bagi saya mengapa saya berkata sedemikian kepada media baru-baru ini sebab saya ada hak untuk bersuara apabila nama saya dibusukkan.
“Kemudian untuk saya balas dalam Instagram, ini bukan personal isu saya. Kalau personal isu mesti saya akan kongsikan di Instagram.
“Sebenarnya saya hanya memperjuangkan hak saya dan ada beberapa orang yang lain. Dalam Islam pun ada mengajar kita supaya jangan buat perkara yang sia-sia.
“Kalau saya balas semula pun, saya rasa hal ini takkan habis sampai bila-bila.
“Tujuan saya untuk menyampaikan perkara berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada seseorang atau mungkin kepada diri saya sendiri.
“Supaya selepas ini kalau kita ada buat sesuatu projek itu, kita buat dengan cara lebih profesional dan lebih berhemah jangan sampai kita menyusahkan orang lain,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut berharap agar isu tidak dibiarkan berpanjangan
“Kepada si dia, kalau dia ada terasa dengan saya, saya minta maaf. Saya tiada masalah pun dengan dia tapi sama-sama kita boleh ambil pembelajaran.
“Kalau kita jumpa di event, bertegur-tegurlah. Janganlah lari-lari.
“Buat yang menyokong dan memberi nasihat, saya doakan kalian kekal sejahtera hingga ke akhir hayat dan terima kasih,” akhirinya.
Saksikan episod terbaru Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arsyhad pada setiap Rabu pada jam 9.00 malam hanya di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Berkongsi mengenai sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, Haiza berasa amat pelik kerana banyak restoran ketika ini mengambil bacaan suhu badan pelanggan dengan cara yang kurang tepat.
Pelakon yang sinonim menerusi drama bersiri Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenai sebagai Z Zamri baru sahaja menyambut cahaya mata kelimanya.
Bagaimanapun, bayi perempuan yang dilahirkan seberat 2.8 kilogram itu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah SWT.
Foto berkaitan turut dikongsikan bintang ini menerusi salah satu posting di Instagram.
Memetik Harian Metro, Zamri,45, menjelaskan, perkara unik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas permata hati yang diberi nama Faizatul Azwin Mohd Zamri itu dilahirkan.
“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, ia hanya disedari isterinya sehari kemudian ketika mahu menyusukan anak mereka.
“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.
“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya lagi.
Zamri pada masa sama turut berkongsi, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin anak bongsu mereka.
“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi.
“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” kata pelakon asal Tumpat, kelantan itu lagi.
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.