Selepas terpalit dengan isu salah faham dengan salah seorang penerbit dan pengarah drama tempatan, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tampil menjelaskan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.

Menurut Fikry, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya ketika ini selain turut memohon maaf andai ada mengguris hati mana-mana pihak.

“Pertama kali saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya atas isu baru-baru ini.

“Sejujurnya tiada pun negatif komen yang saya terima. Terima kasih buat mereka yang menasihati saya.

“Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya sendiri ada menyakitkan sesiapa dan bagi mereka yang ada menyakiti saya, saya dah maafkan. Saya faham tidak semua orang  faham mengenai isu ini.

“Bila isu itu terjadi, hidup saya tidak terkesan pun. Saya okay sahaja tiada pula nak sedih-sedih,” jelasnya.

“Hanya Perjuangkan Hak & Beberapa Orang Lain,” – Fikry Ibrahim Perjelas Keadaan Terkini Salah Faham Dengan Pengarah

IKLAN

Fikry berkata demikian sewaktu ditemui di sesi pengambaran program Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sepang International Circuit baru-baru ini.

Ditanya mengapa dia tidak membuat video susulan di platform media sosial, Fikry punyai jawapannya yang tersendiri.

“Ada yang tanya saya kenapa saya tidak buat video susulan kalau betul saya tak salah, bagi saya mengapa saya berkata sedemikian kepada media baru-baru ini sebab saya ada hak untuk bersuara apabila nama saya dibusukkan.

“Kemudian untuk saya balas dalam Instagram, ini bukan personal isu saya. Kalau personal isu mesti saya akan kongsikan di Instagram.

IKLAN

“Sebenarnya saya hanya memperjuangkan hak saya dan ada beberapa orang yang lain. Dalam Islam pun ada mengajar kita supaya jangan buat perkara yang sia-sia.

“Kalau saya balas semula pun, saya rasa hal ini takkan habis sampai bila-bila.

“Tujuan saya untuk menyampaikan perkara berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada seseorang atau mungkin kepada diri saya sendiri.

“Supaya selepas ini kalau kita ada buat sesuatu projek itu, kita buat dengan cara lebih profesional dan lebih berhemah jangan sampai kita menyusahkan orang lain,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dalam pada itu, pengacara program Ratu Hijabista 2020 itu turut berharap agar isu tidak dibiarkan berpanjangan

“Kepada si dia, kalau dia ada terasa dengan saya, saya minta maaf. Saya tiada masalah pun dengan dia tapi sama-sama kita boleh ambil pembelajaran.

“Kalau kita jumpa di event, bertegur-tegurlah. Janganlah lari-lari.

“Buat yang menyokong dan memberi nasihat, saya doakan kalian kekal sejahtera hingga ke akhir hayat dan terima kasih,” akhirinya.

Saksikan episod terbaru Ratu Hijabista 2020 yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Uyaina Arsyhad pada setiap Rabu pada jam 9.00 malam hanya di Astro Prima (125) dan Prima HD (105).

https://www.instagram.com/p/CED0YMWJikU/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI