Susulan kemelut yang melanda di antara kumpulan VE dan beberapa anggota kumpulan asal, Adeep, Cham, Hakim dan Fakhriz sebulat suara membuat keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu mulai hari ini.

Bagaimanapun, Adeep tetap berterima kasih kepada Zaf, Cham dan Lah kerana telah mempelawanya untuk menyertai kumpulan tersebut pada 2017.

“Cemuhan Orang Lain Kami Boleh Terima Tapi…,” – Kemelut Kumpulan, Adeep Nahar, Cham, Hakim & Fakhriz Nekad Undur Diri Dari V.E

“Sebelum apa-apa, saya Adeep Nahar ingin berterima kasih banyak-banyak kepada kumpulan VE terutama sekali kepada Zaf, Lah dan Cham kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama kumpulan ini pada tahun 2018.

“Saya teruja kerana kami dapat bersama salah sebuah kumpulan R&B terbaik negara. Namun, bermula hari ini, dengan segala hormatnya saya ingin berundur daripada kumpulan VE.

“Saya tak nak ada kena mengena langsung dengan VE sebab selama ini pun saya berdiri di atas kaki sendiri dan bukan kerana VE.

IKLAN

“Yang mereka kata ciplak dan tipu, minta maaf banyak-banyak saya cakap, kami berani untuk bersaing dengan mereka,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Cham memaklumkan dia ambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan yang telah dianggotainya sejak lebih dua dekad yang lalu.

“Berikutan kenyataan Zaf yang tidak membenarkan kami untuk menggunakan nama VE, sejujurnya kami pun tak hairan sangat dengan nama itu. Saya bersama VE sejak 1999, namun, bila mereka semua keluar, saya juga akan keluar,” kongsinya.

Keputusan sama turut dibuat oleh Hakim dan Fakhriz ketika mereka berempat ditemui pada satu sidang media yang diadakan di HMO Space, Petaling Jaya pada Isnin.

IKLAN

“Cemuhan Orang Lain Kami Boleh Terima Tapi…,” – Kemelut Kumpulan, Adeep Nahar, Cham, Hakim & Fakhriz Nekad Undur Diri Dari V.E

Dalam pada itu, Adeep yang tidak dapat menahan sebak akui kecewa dengan tindakan yang telah dilakukan oleh segelintir anggota asal kumpulan tersebut.

“Orang yang saya anggap sahabat daripada saya jatuh dan bangun, apa salahnya mereka menyokong kami macam mana orang lain buat. Kenapa Lah dan Shah boleh sahaja menyokong kami? Apa salah kami berempat sampai mereka sanggup buat macam ni.

“Kami cuba naikkan nama VE. Keputusan ini bukan mudah sebenarnya. Cemuhan orang lain kami boleh terima tapi cemuhan daripada ahli asal VE sendiri kami tak boleh terima.

IKLAN

“Tikaman ini datang dari sahabat sendiri. Jadi, mungkin sampai di sini sahajalah persahabatan kita.

“Kita semua dah besar, berhenti menjadi budak-budak. Kami tak mahu menjadi racun. Jika kehadiran kami tidak disukai, kami sedia bawa diri,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, ketua kumpulan yang juga ahli asal VE iaitu Zaf memberi saranan agar anggota yang menggunakan nama terbabit dalam Gegar Vaganza 9 (GV9) supaya bergerak dengan menggunakan nama baharu.

Menurutnya, tindakan ini dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan, sebaliknya bertujuan menjaga hubungan silaturahim antara mereka selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI