Fedtri Yahya menerusi ruang Instagram berkongsi keadaan terkini adik Muhammad Fawwaz Adli,6, yang terlantar dipercayai parah selepas dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.

Jelasnya di Instagram kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan kecil pada Ahad lalu selepas tahap kesihatannya semakin menurun.

Jelas doktor, tekanan air di bahagian otak semakin tinggi disebabkan ruang perut yang terlalu sempit oleh pembedahan lepas.

Lalu sebagai langkah mengurangkan kesakitan, doktor akan mengeluarkan semula tiub di dalam perut dan membuat tiub baru bagi memudahkan cecair otak mengalir di dalam beg plastik.

“Coretan bapa Fawwaz: .

IKLAN

“Assalamualaikum.

“Pagi ni 4 Februari 2020 genap 48 hari fawwaz dirawat di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.Sepanjang fawwaz berada di sini fawwaz sudah menjalani pembedahan berskala besar sebanyak 4 kali dan yg terbaru ahad lepas fawwaz selamat menjalani pembedahan berskala kecil.

“Untuk makluman fawwaz terpaksa menjalani pembedahan kecil ahad lepas disebabkan tahap kesihatan fawwaz semakin menurun. Doktor pakar mendapati tekanan air otak fawwaz terlalu tinggi sehingga satu badan fawwaz menjadi kejang. Tekanan air otak itu berpunca dari ruang perut yg dah terlalu sempit di sebabkan pembedahan2 yang lepas.Jadi pembedahan lepas doktor terpaksa mengeluarkan semula tiup di perut dan buat sementara waktu cecair otak dibiarkan mengalir di dalam beg plastik yg diletakkan di luar perut,” jelasnya.

IKLAN

Pengacara popular ini turut memaklumkan pembedahan lanjut bakal dijalankan selewat-lewatnya pada Isnin minggu depan bagi mengalihkan tiub ke jantung.

“Selepas membuat perbincangan dan pemeriksaan doktor memaklumkan kepada kami pembedahan seterusnya terpaksa dibuat selewat-lewatnya isnin minggu depan.Pembedahan kali ni doktor akan alihkan tiup yg sebelum ni di perut dan dialihkan ke jantung.Biarpun pembedahan ke jantung ini risiko agak tinggi tapi itu saja pilihan yg ada memandangkan perut memang dah tak mampu nk menyerap lagi lebihan cecair otak,” kongsi Fedtri menerusi kenyataan bapa kepada kanak-kanak malang ini.

Bapa Fawwaz, Mohd Bukhari turut memanjatkan doa agar anaknya diberi kesembuhan, namun reda dengan apa yang berlaku selepas ini.

IKLAN

“Luluh hati kami bila mendapat berita Fawwaz akan dibedah lagi. Kepala sudah,perut sudah dan yang terbaru bahagian jantung plak.Kami yakin doktor akan sedaya upaya dan sehabis baik untuk merawat Fawwaz. Apa-apa pun yang berlaku lepas ni kami redha dan pasrah dengan ketentuan OlehNya.Harapan kami semoga ada lagi sinar kebahagian bersama Muhammad Fawwaz Adli Bin Mohd Bukhari.. InsyaAllah.. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْن,” luahnya.

View this post on Instagram

Coretan bapa Fawwaz: . Assalamualaikum. Pagi ni 4 Februari 2020 genap 48 hari fawwaz dirawat di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.Sepanjang fawwaz berada di sini fawwaz sudah menjalani pembedahan berskala besar sebanyak 4 kali dan yg terbaru ahad lepas fawwaz selamat menjalani pembedahan berskala kecil. Untuk makluman fawwaz terpaksa menjalani pembedahan kecil ahad lepas disebabkan tahap kesihatan fawwaz semakin menurun. Doktor pakar mendapati tekanan air otak fawwaz terlalu tinggi sehingga satu badan fawwaz menjadi kejang. Tekanan air otak itu berpunca dari ruang perut yg dah terlalu sempit di sebabkan pembedahan2 yang lepas.Jadi pembedahan lepas doktor terpaksa mengeluarkan semula tiup di perut dan buat sementara waktu cecair otak dibiarkan mengalir di dalam beg plastik yg diletakkan di luar perut Selepas membuat perbincangan dan pemeriksaan doktor memaklumkan kepada kami pembedahan seterusnya terpaksa dibuat selewat-lewatnya isnin minggu depan.Pembedahan kali ni doktor akan alihkan tiup yg sebelum ni di perut dan dialihkan ke jantung.Biarpun pembedahan ke jantung ini risiko agak tinggi tapi itu saja pilihan yg ada memandangkan perut memang dah tak mampu nk menyerap lagi lebihan cecair otak. Luluh hati kami bila mendapat berita Fawwaz akan dibedah lagi. Kepala sudah,perut sudah dan yang terbaru bahagian jantung plak.Kami yakin doktor akan sedaya upaya dan sehabis baik untuk merawat Fawwaz. Apa-apa pun yang berlaku lepas ni kami redha dan pasrah dengan ketentuan OlehNya.Harapan kami semoga ada lagi sinar kebahagian bersama Muhammad Fawwaz Adli Bin Mohd Bukhari.. InsyaAllah.. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Semoga urusan adik Fawwaz dan keluarga dipermudahkan.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI