Pelakon, Mia Ahmad bakal berlepas ke tanah suci bagi menunaikan umrah.Bagaimanapun, suami, Izham Tarmizi serta anak sulung mereka difahamkan tidak bersama-sama di dalam rombongan berkenaan.
Mia menerusi Instagram sebaliknya memasang impian untuk bersama suami dan permata hatinya itu ke tanah suci hujung tahun ini andai diizinkanNya.
”Sebentar lagi saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah.
”Doakan perjalanan saya dan baby no 2 di permudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T.
”Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada).
Ads
“To my husband @izhamtarmizi24 terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini, Mia minta nak pergi umrah utk birthday this year.
”Hujung tahun kita pergi sama-sama pula k dengan @sayf.issa, InsyaAllah,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata mendoakan kesejahteraan serta mengharapkan agar bintang drama itu mendapat umrah mabrur.
Mia dan Izham yang juga bintang bola sepak mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama.
Bagaimanapun, keduanya dikurniakan rezeki zuriat pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.
Ads
Mia kini sedang hamil anak kedua mereka.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski Azwan Ali sudah pun melakukan permohonan olehnya sewaktu di sidang media sebelum ini atau isu yang terkait, namun Datuk Seri Vida tetap dengan pendirian untuk meneruskan tuntutan saman malu ke atasnya.
Tidak mahu lagi membuka mulut berbicara soal yang telahpun diserahkan kepada peguam, jelas Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva AA, dia percaya Vida akan bersikap terbuka dan satu pertemuan antara kedua-duanya boleh dilakukan bagi menyelesaikan konflik.
“Ini merupakan kenyataan pertama daripada saya selepas Datuk Seri Vida (DSV) menyatakan hasrat untuk meneruskan tuntutan saman.
“Saya pun tidak mahu mengeruhkan keadaan dan apa yang boleh katakan, semua sedang diusahakan dengan pihak peguam.
“Saya percaya DSV akan bersikap terbuka dan semoga ada jalan terbaik untuk menemukan kami.
“Kita jangan berfikiran negatif kerana apa pun yang dibuat akan mendapat keputusan yang negatif. Apa sahaja tindakannya, saya akan terima. Itu hak DSV dan peguamnya.
“Pada bahagian saya pula, saya percaya peguam yang dilantik akan membuat penyelesaian yang terbaik dan harapan saya secara peribadi kepada Vida, Cik B dan semua, kita berserah kepada Yang Maha Esa,” jelasnya kepada MH.
Malah, pengacara ini turut memohon agar netizen tidak lagi memburukkan keadaan dengan meninggalkan komen berbaur negatif.
“Kita tidak perlu mengata kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Sebenarnya saya tidak mengikuti perkembangan terkini kerana terlalu sibuk, cuma kepada penyokong kedua belah pihak, saya mahu tegaskan, ingatlah ini akan menjadi pengarajan agar kita menjadi lebih dewasa. Janganlah dilaga-lagakan,” terangnya lagi.
Permohonan maaf yang dilakukan pada sidang media didakwa tidak ikhlas, namun empunya diri juga tidak mahu lagi mengulas apa yang sudah berlaku.
“Saya tidak mahu lagi komen dan biarlah ia berlalu begitu. DSV ada hak untuk melihat apa yang berlaku daripada semua sudut.
“Saya hanya mengikut peguam, biarlah mereka melakukan tugas jika tuntutan sudah pun berlaku. Semua orang tahu, saya merupakan seorang peguam dan tidak perlu gundah gulana kerana semua ada prosedur.
“Saya perlu hormat kerana isu ini sudah menjadi kes mahkamah. Tiada komen daripada saya kerana ia akan menganggu perjalanan kes. Saya hormat, kita tunggu dan lihat.
“Cara saya senang sahaja, saya tidak membaca semua komen yang ditulis kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan.
“Saya tiada masalah dengan semua pihak, saya harap kebaikan akan berlaku,” katanya reda waima apa keputusan yang bakal berlaku kelak.
Terdahulu, Datuk Seri Vida membuat tuntutan saman malu ke atas Azwan Ali susulan penghinaan yang didakwa dilakukan terhadap usahawan kosmetik itu serta Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.
Turut disentuh ialah berapa isu lain dan DSV menerusi sidang media turut meminta Azwan agar memohon maaf selain memadam video atau status yang berkaitan dengan konflik di antara mereka.
Sementara itu, Vida mendakwa, sidang media permohonan maaf yang dilakukan oleh Azwan pada 11 Februari lalu hanya memburukkan keadaan memandangkan ia didakwa seolah-olah tidak dibuat dengan ikhlas.
Ikuti dua sidang media yang terkait di antara DSV dan Azwan Ali di sini;
SIDANG MEDIA TERGEMPAR DIVA AA BERHUBUNG KES KONTROVERSI DATO SERI VIDA
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 11 February 2020
Sidang Media DSV Saman Terhadap Azwan Ali
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 19 February 2020
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mula mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu, penyanyi popular lewat 90-an, Leina Hangat menegaskan apa yang pernah dilaluinya dulu ibarat liku kehidupan yang seterusnya mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Sinonim dengan penampilan berani suatu ketika dahulu, figura Leina Hangat cukup sensasi.
Malah, keunikan nama pentasnya itu sekali gus membuatkannya kekal diingati pencinta muzik hingga kini.
“Biasalah… ‘Zaman Jahiliah’. Semua merasa. Kalau tidak, kita tidak tentu akan jadi baik kalau kita tak pernah ‘jahat’ dulu, itu pada pandangan saya.
”Kalau saya tak jadi jahat dulu, kemungkinan, saya tak akan jadi baik seperti sekarang.
“Mungkin tak cukup baik di mata manusia, tapi sekurang-kurangnya saya cuba jadi lebih baik di mataNya,” katanya jujur.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menambah, setiap orang punya kisahnya yang tersendiri.
“Sebab bagi saya, setiap individu itu ada perjalanannya dan insyaAllah kalau niat betul dan cuba untuk dekatkan diri dengan Allah SWT, teruskan doa agar ditunjukkan jalan yang benar, pada suatu, di mana kita… tak tahu ia akan terjadi.
“Saya pun sendiri rasa macam mimpi, demi Allah,” terangnya lagi.
Ditanya sama ada dirinya pernah ‘stalk’ diri sendiri di internet, pemilik nama lengkap Norazlina Abdul Rahman ini ada jawapannya sendiri.
“Saya Google. Bila saya tengok saya berfikir macam…’Ya Allah Ya Tuhanku, mana pergi iman aku?’ Tapi pada masa ketika itu…
“Memang setiap manusia diuji, cuma bila tiba waktunya, kita kena kembali kepada fitrah.
“Inilah fitrah saya sebenarnya. Inilah saya. Apa yang sahaja ujian yang Dia berikan itu, kena terima dan yakin agar suatu hari kita akan jadi individu yang lebih baik. InsyaAllah ia akan berlaku.
“Bila diberikan hidayah untuk bertudung, rasa syukur.
“Sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar. Sebelum bapa saya meninggal, dapatlah arwah melihat saya ke jalan yang benar, insyaAllah,” akui Leina.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis pelancaran koleksi baharu jubah dan pakaian Munawwareen di St Mary, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Foto: Instagram Leina Hangat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Siapa sokong Elly Mazlein jadi hos tetap sila like.” Itu antara komen peminat apabila bintang yang sinonim menerusi drama Kampung People itu diundang sebagai pengacara jemputan program MeleTop di samping Nabil Ahmad, pada Selasa.
Mengenakan persalinan kelabu, bintang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu dilihat cukup selesa mengacara dan seperti biasa turut diserikan dengan sikap humor dan selambanya sepanjang rancangan berlangsung.
Paling mencuit tumpuan ialah ketika segmen dua hos menemubual finalis terkini Hero Remaja 2020 dan mereka turut sporting melakukan cabaran joget ‘Suling Sakti Spongebob’ bersama-sama.
Segmen tersebut yang turut dimuat naik menerusi YouTube MeleTop kini sudahpun ditonton lebih 300,000 kali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberi reaksi baik terhadap cara pengacaraan Elly dan mereka turut mencadangkan agar penyanyi Bungaku Bakawali itu dikekalkan sebagai hos tetap.
Elly terdahulu turut dijemput ke program sama sebagai tetamu undangan bersama suami, Cikgu Mohammad Azlan Che Noh.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.