Dalam pada itu, Mia turut merakam video situasi di majlis tersebut dengen berlatarbelakangkan lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sementara itu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Untuk rekod, Mia dan Izham yang juga penjaga gol kebangsaan, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa,11 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad/FanClub Mia.Sayang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lalu, netizen memuji kecomelan wajah Raisya yang dikatakasaling tak tumpah iras bapanya.
Setakat ini,Raisya yang kini berusia dua bulan turut memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram.
Terdahulu, pasangan ini menutup wajah anak mereka dengan emoji berbentuk ‘hati’, menimbulkan rasa tidak sabar netizen untuk melihat wajah penuh bayi perempuan itu.
Hafiz dan Syafiqah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung,Raisya Arissa pada 24 Jun lalu.
Foto:Instagram Hafiz Mahamad/ Raisya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi seorang selebriti bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila berdepan atau menerima komen pedas serta kritikan daripada netizen.
Pelakon Amelia Henderson misalnya, dia mengakui dirinya antara yang menerima kecaman dan kritikan netizen, terutamanya menerusi media sosial.
Lalu, bintang berdarah campur India-Scotland itu ada memberi pandangan mengenai perkara berkenaan.
“Saya rasa semua orang akan dapat kecaman, tak kisah lah anda pakai baju apa sekali pun, siapa diri anda, tetap akan terima kecaman atau komen sekeliling.
“Pastinya wujud apa yang anda kongsi di media sosial anda akan dapat kritikan, jadi pada saya kalau macam anda tak suka dengan orang tu, atau tak suka dengan apa yang dia post, anda boleh tekan saja butang unfollow, blocked dan sebagainya”, katanya kepada MH.
Malah, perkara itu juga boleh terjadi terhadapnya.
“Kalau macam anda tak suka dengan saya, jangan lah comment dekat Instagram saya.
“Saya baca semua komen diterima tapi kadang-kadang saya rasa malas nak baca sebab orang yang komen negatif tu bukan dia kenal saya pun.
“Jadi kenapa saya nak kena ambil hati dengan apa yang dikomen sebab dia tak kenal saya?
“Jadi perkara sedemikian tak menganggu dalam hidup saya pun,” jelasnya lagi.