Dalam pada itu, Mia turut merakam video situasi di majlis tersebut dengen berlatarbelakangkan lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Untuk rekod, Mia dan Izham yang juga penjaga gol kebangsaan, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa,11 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad/FanClub Mia.Sayang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meksi baru mencecah usia 21 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.
Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.
Pun begitu, bapanya mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, dia tidak boleh menolak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.
Terdahulu, pasangan anak beranak ini ditemui pada majlis pelancaran TV Disney Wizards of Warna Talk dan buat pertama kalinya, Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaruitu yang bakal bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini.
Sedikit insformasi, Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad menafikan dakwaan yang kononnya, dia kini sedang jalin cinta dengan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma.
Sebaliknya, bintang cantik ini hanya menganggap anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Rhoma Irama itu tidak lebih sebagai rakan sesama artis semata.
“Sejak saya dan Ridho ‘dikenen-kenen’ oleh pengacara dan juri dalam program Dangdut Academy Asia 4 (DAA4) yang bersiaran secara langsung tahun lalu, banyak pihak mula gosipkan kami mempunyai hubungan istimewa.
“Malah, sehingga kini peminat di Indonesia masih cuba mendekatkan saya dan Ridho untuk bersama apabila menerima banyak mesej peribadi yang menghantar gambar kolaj saya dan Ridho.
“Padahal saya dan Ridho cuma bertemu di panggung DAA4 sahaja. Tidak berhubungan sama sekali,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Yang pasti, bintang Curi-Curi Cinta ini lebih gemar untuk beri fokus dalam seni terlebih dahulu sebelum terburu-buru dalam hal berkaitan jodoh.
“Fokus saya sekarang adalah untuk membina nama di Malaysia dan Indonesia. Saya nak fokus dengan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dulu.
“Lagipun saya tak nak terburu-buru dalam hal percintaan. Biarlah saya menikmati kehidupan solo ini. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” jelas Uyaina jujur.
Sebelum ini, bintang berhijab itu dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan apabila ramai peminat turut gemar andai keduanya disatukan sebagai pasangan kekasih.
Ia gara-gara keseradian mereka di atas pentas DAA4 dan rakaman terbabit yang disiarkan di YouTube kini mencecah lebih empat juta tontonan setakat ini.
Dalam perkembangan lainnya, Uyaina sekali lagi akan ke Jakarta, Indonesia pada 29 Ogos depan bagi mengacarakan dua program realiti iaitu Golden Memories Asia dan DAA5.
Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Rahdi Khamaruddin ada berkongsi berita sedih bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Fakhrul, terdapat tiga sekeluarga telah meninggal dunia akibat terbabit dalam sebuah kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira pada pukul 3.30 pagi tadi.
Difahamkan, antara yang maut dalam kebakaran tersebut sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki berusia 1 tahun.
Lantas, penyanyi yang mewakili kumpulan UNI untuk program Muzikal Lawak Superstar itu telah menitipkan salam takziah kepada ahli keluarga.
“InsyaAllah Syahid & Syurga buat keluarga ini..takziah buat seluruh ahli keluarga..moga Allah ampun dan angkat darjat disisiNya. .#Repost @kosmo_online,
“Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga sepasang suami isteri, Mohd. Sharidan Abdul Aziz dan Siti Rafini Mohd. Rafiee serta bayi mereka Rafiq Sharidan berusia setahun yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
“Mayat mereka ditemui rentung di dalam bilik utama rumah tersebut. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada ketiga-tiga mangsa supaya roh mereka tenang di alam sana dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.Amin. #alfatihah #takziah #rumahterbakar#rentung Foto oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR,” tulisnya.
Setiap perkara yang berlaku adalah kuasaNya, semoga roh arwah keluarga ini dicucuri rahmat. Salam takziah.
Terkini, ketiga jenazah terbabit sudah dibawa ke Hospital Slim River, Perak untuk dibedah siasat dan sudah selamat disembahyangkan di Masjid Jamek Slim River.
Foto : Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul bakal mempertaruhkan lagu terbaharunya, ‘Bluest Sky’ yang diciptakan khas untuk pertandingan nyanyian antarabangsa, Eurovision Asia di Thailand pada November depan.