Selepas dikritik gara-gara melontar makanan sewaktu melawat komuniti Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Zoey Rahman akhirnya memohon maaf diatas kekhilafannya itu.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, dia terpaksa berbuat demikian atas faktor-faktor keselamatan.

Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut, Zoey Rahman Mohon Maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

“Semoga ibu-ibu #bajaulaut diberi kesihatan dan kebahagian. Pasal isu campak tu, saya mintak maaf.

“Nampak tak sopan dan tak ada adab, kami terpaksa berbuat macam tu. Kalau tak yang belakang tak akan dapat makanan dan takut mereka naik atas bot, jadi kami terpaksa menjaga keselamatan,” tulisnya.

Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut, Zoey Rahman Mohon Maaf Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut, Zoey Rahman Mohon Maaf

IKLAN

Katanya lagi, dia juga mahu memastikan kesemua komuniti Bajau Laut tersebut mendapat bantuan makanan yang diberikan.

Dalam pada itu, Zoey turut berharap agar semua pihak faham dengan situasi yang harus dilaluinya itu sewaktu berada di pulau tersebut.

“Apa-apa pun mereka sangat baik dan cantik-cantik. Siapa yang pernah pergi sana, tahu la keadaan disana. Harap semua faham situasi darurat,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar komuniti Bajau Laut ini akan terus dibantu oleh pihak yang berkenaan.

IKLAN

“Bang saya pun ikut sedih tengok video ini. Semoga orang suku Bajau Laut ini selalu diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki.

“Semoga Zoey sentiasa dimurahkan rezeki.

“Tak boleh tengok video macam ni. Sedih sangat.

“Semoga murah rezeki dan panjang umur bro,” antara komen-komen netizen di Instagram.

IKLAN

Campak Makanan Kepada Komuniti Bajau Laut, Zoey Rahman Mohon Maaf

Terdahulu, Zoey berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan agak kelam kabut di atas laut sewaktu dia ingin menyumbangkan barangan makanan buat para komuniti Bajau Laut.

Zoey juga dilihat membaling makanan tersebut untuk diagihkan kepada meraka yang berada di bot belakang.

Tindakan tersebut telah menerima reaksi pelbagai daripada netizen yang menonton video di laman Tik Tok milik Zoey.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zoey Rahman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI