Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan pembantu khas kepada adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar yang memaklumkan arwah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.
“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Semalam saya dimaklumkan arwah menjalani pembedahan. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.
Ads
Sementara itu, memetik Awani, anak sulung Allahyarham, Hadzly memaklumkan buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan dijangka kebumikan hari ini.
Ads
Terdahulu, Aman Shah pernah menempah kemasyhuran antaranya menerusi lagu Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti.
Ads
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mendedahkan dia tidak berdepan sebarang masalah mengarahkan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki di dalam filem pertamanya yang berjudul Cikgu VS Hantu.
Pernah berganding sama menerusi filem Papadom, Liyana memberitahu, hubungannya bersama Afdlin memang akrab dan sudah pun saling memahami.
“Sebenarnya tiada masalah untuk mengarahkan pelakon seperti Afdlin Shauki. Masa saya muda pun dia tahu saya memang minat dalam bidang pengarahan sampai saya sambung belajar mengenai filem di luar negara.
“Masa saya menulis watak Cikgu Daud, saya memang dah fikirkan Afdlin Shauki. Gaya watak ini memang saya buat khas untuknya. Selepas filem ini mendapat kelulusan FINAS, saya terus hubungi beliau.
“Bila saya jelaskan mengenai watak, Afdlin pun seronok mendengarnya dan dia juga teruja nak berlakon di bawah arahan saya,” katanya kepada MH.
Liyana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cikgu VS Hantu, pada Isnin.
Katanya lagi, sepanjang penggambaran, Afdlin juga sedia untuk memberikan kerjasama agar naskah dapat disempurnakan dengan baik.
“Tidak berlaku percanggahan pendapat di antara saya dan Afdlin. Dia hanya mempersoalkan sahaja mengenai sesuatu babak itu.
“Bila ada yang mempersoal, saya rasa keadaan itu bagus sebab kita akan berusaha cari jawapan.
“Ketika di set, Afdlin ini ibarat macam guru ketika saya di sekolah filem. Saya pun dah terbiasa dengan situasi sebegitu. Jadi, saya tak mudah sentap sebab ia dah jadi budaya pembikin filem.
“Bila orang hebat yang mempersoalkan mengenai karya kita, kita akan lebih berhati-hati dan berfikiran jauh.
“Saya pun dah lama berkecimpung di dalam industri. Pengarah-pengarah lain pun tak lokek ilmu dengan saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Afdlin menyifatkan percubaan pertama ini sebagai satu usaha yang baik dan dia juga percaya Liyana akan menjadi pengarah yang baik pada masa akan datang.
“Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini hanya satu sebab sahaja. Iaitu kerana Liyana Jasmay. Saya sifatkan ia seperti paksaan yang akhirnya menjadi keseronokkan.
“Apa yang Liyana buat, saya sentiasa akan sokong. Dia anak saya dalam filem Papadom. Sekarang dah besar dan dia pula jadi pembikin filem. Ramai orang industri ini nak melihat Liyana Jasmay berjaya.
“Saya sifatkan percubaan pertamanya ini sabagai satu kejayaaan. Saya sendiri masih belajar lagi ketika ini. Saya percaya karyanya akan lebih baik lagi selepas ini,” ulasnya.
Terdahulu, Cikgu VS Hantu akan mula ditayangkan secara langganan di saluran Astro First (480) pada harga serendah RM15.
Selain Afdlin, filem komedi seram ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Khir Rahman, Juliana Evans dan Shuk Sahar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian video daripada pelakon Elisya Sandha di Tik Tok mencuri perhatian ramai apabila melakukan aktiviti bersenam sambil membawa anaknya, Bunga El Haq.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 23, berkongsi video aktiviti tersebut untuk tatapan umum.
“Me and my Bunga,” tulis ringkas Elisya pada ruangan kapsyen.
Video tersebut merakamkan aksi Elisya yang berlari sambil menyorong kereta sorong anaknya di sebuah kawasan perumahan lalu melakukan aktiviti senaman di sisi Bunga yang dilihat sedang lena tidur.
Baru-baru ini kedengaran cerita kurang enak, bila mana penyanyi meningkat naik Bunga Isme dikatakan sudah mula ‘naik tocang’ kerana kesukarannya untuk menjawab panggilan atau membalas mesej daripada pihak media.
Menafikan dakwaan tersebut, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani, 22, berkata sekarang dia mempunyai sedikit kekangan masa berikutan status sebagai penuntut universiti.
“Saya bukan sombong atau besar kepala, sebaliknya sibuk menjalani rutin sebagai penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sambil meneruskan aktiviti seni termasuk memenuhi jadual persembahan.Mungkin saya terlepas pandang.
“Maaf kalau ada yang terasa malah seboleh-bolehnya saya cuba memenuhi permintaan semua pihak.Harapan saya perkara ini dapat kembali reda.
“Saya bersikap profesional.Jika ada apa-apa perkara yang ingin ditanya, harap dapat berurusan terus dengan pihak Warner Music sebagai menghormati mereka,” katanya kepada MH.
Bunga ditemui pada majlis sidang media pengumuman senarai pencalonan Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercakap mengenai tersenarai sebagai calon akhir AIM23, Bunga yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music melahirkan keterujaannya apabila dapat menempatkan diri dalam anugerah muzik berprestij itu.
“Berdebar dan teruja bersilih ganti memandangkan ini penyertaan pertama dalam AIM. Tak sangka berjaya melangkah sebagai Top 5, kerana saya fikir saya diundang hari ini bagi memeriahkan majlis.
“Berpeluang membolosi dua kategori dalam acara besar ini menyuntik semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya bermutu.
“Saya ingin berterima kasih kepada penghibur senior, Noraniza Idris dan Siti Nordiana yang memberi kepercayaan kepada saya berpadu suara dengan mereka,” katanya.
Menerusi AIM23, Bunga tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Intan Payun nyanyian duetnya bersama Noraniza Idris.
Selain itu, dia turut memboloskan diri dalam kategori Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menerusi lagu Amaran bersama Siti Nordiana.
AIM23 akan diadakan pada 11 September bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Majlis gilang-gemilang itu akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bunga Isme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...