Semalam, pelakon, Sweet Qismina ada menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem yang digunapakai di sekolah adiknya yang hanya membenar ibu bapa sahaja untuk mengambil atau memulangkan semula buku teks.

Menurut Sweet Qismina, bukan semua ibu bapa larat untuk melakukan perkara sedemikian lebih-lebih lagi ketika keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan penularan wabak Covid-19.

Isu tersebut dikhabarkan telah menjadi perbualan hangat sehingga menyebabkan ada guru yang terasa akibat teguran tersebut.

Tidak mahu isu tersebut dibiar berlarutan, Sweet Qismina telah pun tampil membuat permohonan maaf menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut pelakon drama Bidadari Salju itu lagi, dia sebenarnya tidak berniat untuk menyakiti hati mana-mana guru sebaliknya hanya mahu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan semula arahan tersebut.

IKLAN

“Dear teachers, I’m deeply sorry if my caption yesterday buat cikgu terasa. I did reply on one of the teacher’s comment saying I wasn’t blaming teachers at all.

“That was why, first I did ask semua sekolah macam ni ke? If yes, why ada yang kata sekolah dia tak sama. It was a question.

IKLAN

“Second, I tagged @kempendidikan to do something and not CIKGU about this matter since my issue was only about: Old people yang ada high risk untuk kena dan yang tak larat nak pergi because ada yang complain to me diorang tak larat yesterday plus it was quite strict at my sister’s school Itu sahaja,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, dia berharap agar arahan seperti ini dapat diperhalusi lagi bagi memudahkan urusan semua pihak pada masa akan datang.

IKLAN

Malah, Sweet Qismina turut mendedahkan dia amat menghargai setiap jasa dan usaha para guru terutamanya yang bertungkus lumus menjalankan tugas diwaktu sukar ini

“Bayangkan I cakap I ni guardian pun tak bagi masuk? So yes, I am still with my stan tapi bukanlah niat nak blaming Cikgu. I hope you do understand that.

“I appreciate what you’ve done for students. I know there are must be ways @kempendidikan boleh buat. So once again to teachers, I’m sorry,” akhirinya.

Sumber: Instagram Sweet Qismina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI