Tiba-tiba nama seorang model kacak asal Myanmar, Paing Takhon menjadi sensasi di media sosial apabila menjadi sami seterusnya mengabadikan dirinya kepada agama anutannya selama 10 hari.

Paing dilihat turut berkongsi gambar dirinya yang mengenakan pakaian sami dan tinggal bersama komuniti tersebut.

[GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini!

Lantas, warganet terus mengikuti dan mencari siapakah gerangan figura sasa berusia 24 tahun ini.

Rupanya, Paing merupakan seorang seorang selebriti dan aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian di negaranya. Malah, jejaka ini turut bergiat aktif sebagai model.

IKLAN

Bagaimanapun baru-baru ini, Paing menjalani kehidupan sebagai seorang sami dan perkara itu turut dikongsikan menerusi kapsyen yang dimuat naiknya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paing Takhon (@paing_takhon)

“Menghabiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi sami untuk 10 hari dan saya merasa tenang dan mengetahui diri saya dengan lebih mendalam…,” tulisnya.

IKLAN

Kerjaya glamor Paing bermula pada tahun 2014 lalu apabila dia menjadi seorang model di pentas peragaan fesyen.

Tidak lama selepas itu, dia yang mempunyai darah kacukan Myanmar-Cina ini mulai mendapat kepercayaan produksi untuk membintangi beberapa filem dan drama di negaranya.

[GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini!

IKLAN

Difahamkan, Paing pernah dilantik menjadi duta pelancongan negara Myanmar dua tahun lalu.

Sementara itu pada tahun lalu, jejaka yang mempunyai ketinggian 1.78 meter ini pernah tersenarai sebagai salah seorang jejaka kacak oleh TC Chandler pada kedudukan kesepuluh.

[GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini! [GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini!

Foto: Instagram Paing Takhon

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI