Vokalis kumpulan Spring, Ameng mengakui dirinya berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu Al-Quran meskipun dalam usia yang agak lewat.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, saat pertama kali hatinya terdetik untuk mendalami ilmu Al-Quran, ketika dia telah pun berusia 42 tahun.

Barmula saat itu, Ameng dikatakan telah memasang Azam untuk menjadikan Al-Quran sebagai salah satu rutin kehidupannya.

 “Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-hurus Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al Quran,” tulisnya.

IKLAN

Berkongsi cerita di laman Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Hati ini menyifatkan sekiranya dia boleh menghafal pelbagai jenis lagu, mengapa dia tidak cuba untuk menghafal ayat suci Al-Quran.

“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu, tak kan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad. InshaAllah setiap niat baik kita, kalau kita bersungguh sungguh. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ameng turut mengajak orang ramai untuk turut sama mempelajari ilmu Al-Quran bersamanya di saluran Youtube miliknya.

“Pada anda yang ingin belajar dan mengaji bersama saya, boleh subscribe ke laman Youtube saya AmengSpring Official. Boleh klik link kat Bio saya.

“Semoga segala amalan kita diterimaNya. Jadikan Al- Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan sikap tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ameng.

Sumber: Instagram Ameng Spring