Seperti sedia maklum, sesi persekolahan kini telah dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula pada 20 Januari yang lalu.

Lalu, sesi persekolahan PdPR yang dijalankan secara dalam talian dan norma baharu ini telah mendapat perhatian meluas terutama sekali daripada golongan para ibu bapa.

Penyanyi Nora Ariffin misalnya turut ada berkongsi pengalaman dan cerita yang dialaminya ketika menjalankan sesi persekolahan PdPR anaknya.

Malah penyanyi berusia 47 tahun ini berpendapat perlaksanaan PdPR ini boleh memberikan kesan yang positif terhadap sesi pembelajaran anak.

IKLAN

“SAJA TERFIKR..Just wanna share…..Mula- mula mmg agak susah utk parents yg kurang savy mcm saya nk handle anak2 belajar online esp yg masih sek rendah. (PDP)Pening kepala jugak lahh.
Thanks to Mr Shake Faizal for helping me.

“Recomand me utk beli tab yg murah utk memudahkan anak2 belajar, fokus pada class & buat homework as well tanpa kacau phone or laptop mak.
Baru order frm @shopee_my blm sampai….hehehe.

IKLAN

“Kalau tidak mmg pengsan lahhh kena bergilir pakai laptop & phone mama.
Tapi….apabila difikiran balik, mmg byk hikmah WFH@& online class ni.
Kalau sebelum ni, kita hanya hantar & ambik anak2 kita kesekolah je. Kita tak boleh monitor sepenuhnya. Kita tak dibenarkan berada di kawasan sekolah waktu belajar.

“Tapi sekarang, sgt best. Pengalaman pertama, sambil2 monitor anak2 belajar, saya pun secara tak langsung boleh dengar jugq, perhatikan apa yg diajar oleh cikgu sekarang, siapa guru yg mengajar, serta mcm mana anak kita respon ketika belajar.

IKLAN

“Zaman kita dulu2 mmg tak sama..Wow!!!!!! Very interesting kan. Ok jomm tidur. Esk saya ada online kelas,” tulisnya panjang lebar.

“Zaman Kita Dulu Memang Tak Sama…,” – Sesi Kelas PdPR, Nora Ariffin Anggap Satu Hikmah Positif

Foto: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI