Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.

Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.

Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.

Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.

Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.

“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.

IKLAN

“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.

“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.

“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.

Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.

IKLAN

“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.

“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.

“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.

Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.

IKLAN

“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.

“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.

“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.

“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.

Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI