Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kebanjiran konten-konten bertemakan masakan bersempena sambutan bulan Ramadan.

Ada segelintir warganet yang beranggapan meraka yang berkongsi video masakan ini seperti tiada ‘originality’ dan hanya ingin meniru kandungan-kandungan daripada bintang media sosial, Khairulaming.

Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Khairulaming telah terpanggil untuk memberikan responnya berhubung isu tersebut.

Menurut Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, isu seperti ini sebenarnya tidak patut dibangkitkan sebaliknya, ia merupakan budaya yang sihat bagi dunia ‘content creator’ di negara ini.

“Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming “Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming

“Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming“Since ramai yang tag dari smalam aku just nak cakap please please meriahkan lagi content industry dekat Malaysia. Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ni.

“Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat and we should do the same.

“Dari dulu lagi aku dah buat coffee talk dgn macam-macam creator dari bidang beauty, dental, animator and including memasak sekali. Banyak lagi potential kita boleh buat ramai-ramai,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang media sosial yang popular menerusi kandungan 30 Hari 30 Resepi itu menerusi beberapa ciapan di Twitter pada Jumaat.

IKLAN

“Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming “Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming “Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming

Dalam pada itu, Khairulaming turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menunjukkan sokongan dan menghargai usaha para ‘content creator’ di negara ini agar mereka dapat menghasilkan lebih banyak kandungan-kandungan yang menarik.

“Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming

“Aku harap dah tak berbangkit issue ni and kita semua enjoy and appreciate content setiap sorang.

“Bukan senang weh nak buat video, memang penat. Lets appreciate effort semua orang yang buat video ni.

IKLAN

“Tahun ni dah makin ramai develop creative content, kat tiktok pun dah makin meriah.

“Keep up the momentum and network with each other. Negara kita ni banyak local talent, jangan kita sekat talent tu. Rugi nanti,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji mentaliti yang ditunjukkan oleh Khairulaming.

“Sudah tiba masanya kita saling menyokong antara satu sama lain, kembangkan kreativiti dalam diri anda.

“Content creator yang berkualiti. competition dan open market adalah menyihatkan.

IKLAN

“Good statement. Terus terdiam sepi menyendiri pada yang mengecam sebelum ni. Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

“We need more Khairul Aming in Malaysia. Bayangkan semua anak muda kita berjaya macam dia!

“Selagi content memasak tu bermanfaat dan tidak membazir. Wa support semua,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming “Bukan Senang Nak Buat Video, Memang Penat,” – Konten Masakan Tumbuh Macam Cendawan, Ini Respon Khairulaming

Sekadar informasi, program 30 Hari 30 Resepi kini telah pun memasuki tahun yang ke-5 penganjurannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Ihsan Foto: Twitter & Instagram Khairulaming

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI