Menyedari ada di antara netizen banyak memperkatakan mengenai keadaan fizikal bentuk hidungnya, pelakon Lana Nodin tampil menjelaskan keraguan.

Bintang itu mengakui, dia ada melakukan pembedahan di bahagian tersebut atas sebab tertentu.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 42, berkata, dia terpaksa melakukan pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika di zaman  persekolahan.

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

“Hidung saya senget sampai sekarang.  Orang tanya kenapa buat hidung ke?  Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung… patah dah lama dah.

“Sebenarnya ini peribadi saya yang tidak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu.  Korang pun dah banyak buat dosa kering. Masa saya sekolah, saya accident.

“Masa itu balik kampung Felda, yang tanah merah-merah tu.  Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur.  Hidung berdarah, patah.

IKLAN

“Sejak dari itu, hidung saya memang senget.  Kena pakai besi untuk beberapa tahun.

“Lepas itu disarankan buka dan saya buka, letak plastik. Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat.  Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar.

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

IKLAN

“Jadi saya tukar supaya hidung tak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi yang korang nak tahu?” katanya.

Menerusi video berdurasi lebih 18 minit itu lagi, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menasihati netizen agar sentiasa bersangka baik dan tidak menyimpan prasangka buruk pada seseorang.

“Manusia ini, maaf cakaplah, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada sahaja bersangka buruk, cubalah bersangka baik… sebab apa hati dah terlalu hitam.

“Cuba bersangka baik, hati kita bersih.  Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu,” katanya lagi.

IKLAN

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

“Tangan Ini Gatal Nak Bawa Motor RXZ, Tak Tahu Bawa Sampai Jatuh…,” – Lana Nodin Perjelas Sebab ‘Buat Hidung’

Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacukan Amerika Syarikat-Filipina, David McKienzie atau nama Islamnya, Daud McKienzie, 43, pada 15 Mei 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 6, dan William Daud McKienzie yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Lana Nodin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI