Pelakon, Safwan Nazri mengakui insiden keguguran yang menimpa isterinya baru-baru ini secara tidak langsung telah memberikan perspektif baru di dalam kehidupan mereka.
Menurut Safwan, kejadian tersebut telah mengajar dia dan isteri untuk sentiasa meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah SWT.
“Kejadian ini sememangnya memberi impak dalam kehidupan kami. Ketika itu, keadaan bayi dalam kandungan pun sudah agak besar. Dalam lingkungan empat bulan.
“Tapi bila difikirkan semula, kita ini hanya manusia biasa. Kita sentiasa fikir yang kita ni selalu betul. Kita ingat kita dah buat yang terbaik tapi perancangan Allah itu lebih baik.
“Jadi, saya dan isteri dah berserah dan kami percaya segala yang terjadi ini pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah sangat cantik dan kami reda.
“Sebelum ini, keadaan isteri saya memang tak berapa okay. Tapi alhamdulilah, dari semasa ke semasa, kami lalui masa bersama-sama, keadaan dia kini sudah semakin baik,” katanya kepada MH.
Safwan turut menambah, dia sebenarnya agak sedih kerana tidak dapat berada di sisinya saat kejadian tersebut berlaku kerana pada ketika itu dia berada di Turki untuk menjalani penggambaran filem Bakara.
Ads
“Saya tak ralat cuma saya kesal dan sedih sebab ketika isteri saya mengalami keguguran, saya berada di Turki untuk penggambaran filem Bakara. Ketika itu saya tiada bersama dia.
“Tempoh seminggu yang sangat pahit buat isteri tapi saya tiada bersama dia. Itu merupakan antara perkara yang menyayat hati yang saya rasakan.
“Saya sedih sangat dan ketika di Turki saya tak dapat nak fokus pun. Saya asyik memikirkan isteri saya. Bagaimanapun, saya tetap laksanakan kerja saya dengan terbaik,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia memutuskan untuk tidak bergegas pulang ke Malaysia kerana tidak mahu mengganggu perancangan penggambaran yang telah disusun oleh pihak produksi.
Ads
Lantaran itu, dia berterima kasih kepada pihak keluarga dan mertua kerana telah membantu menjaga isterinya sepanjang ketiadaannya itu.
“Saya tak boleh nak balik bukan sebab pihak produksi tak izinkan tetapi saya tidak mahu menyusahkan ramai orang. Lagipun, kita dah tak boleh nak buat apa-apa. Benda pun dah jadi.
“Saya beruntung kerana ahli keluarga saya dan mertua ada menjaga isteri saya. Mereka pun sentiasa berikan sokongan.
Ads
“Kalau ikutkan saya kena tinggal lama lagi di Turki tapi saya putuskan untuk pulang awal daripada jadual asal,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Safwan mendedahkan dirinya teruja apabila dapat menjadi salah seorang pelakon bagi filem epik ketenteraan, Bakara yang kini sedang giat menjalani proses penggambaran.
Bakara merupakan filem yang diangkat daripada kisah benar mengenai perjuangan tentera Malaysia yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia.
Selain Safwan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, zahiril Adzim dan ramai lagi.
Sekadar informasi, Safwan dan isterinya, Fathin Nur Amalina telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 4 Mac lalu selepas hampir sembilan tahun perkenalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pada setiap tanggal 25 Mac, anggota badan beruniform polis akan menyambut hari polis Malaysia dan tahun ini merupakan sambutan ke-212.
Pelakon Azhan Rani telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Azhan telah mengimbau kembali kenangan ketika dia menghadiri satu temuduga sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Jalang Hang Tuah, Kuala Lumpur.
“seingat aku tahun 1996 dulu aku pernah dipanggil untuk temuduga inspektor di IPK jalan hang tuah kuala lumpur.. naik bas dari kuala kubu bharu.. sampai depan IPK tu tiba-tiba confidence level aku berubah .. boleh ke aku jadi polis..”
“kawan2 yang pergi sebelum ni ramai yang reject.. tak lepas ujian dan kelayakan fizikal.. aku cuak sendiri terus melencong ke panggung Rex masa tu di jalan petaling tengok movie #IndependenceDay .. marah juga arwah abah masa tu..”
“tapi serius kerjaya unit beruniform seperti polis ni antara kerjaya yang pernah aku idam-idamkan satu masa dulu.. memang suka tengok orang dalam uniform polis.. apapun dah tertulis jadi pelakon ni kerjaya aku sekarang aku terimalah..”
“alhamdulillah merasa juga la sekali sekala jadi polis.. macam2 pangkat juga la aku dapat rasa.. bukan tu je kadang2 aku tapau sekali jadi orang kena tangkap (OKT) atau banduan. Hari ini 25 mac 2019 adalah sambutan #haripolis212 di malaysia.”
“salute and respect buat semua anggota #pdrm baik yang sedang berkhidmat mahupun yang telah menamatkan perkhidmatan mereka.. terima kasih atas khidmat bakti anda semua.. terima kasih kerana memastikan kami hidup aman di negara tercinta ini..selamat hari polis malaysia #hargaiperjuanganmereka #projekvideoharipolismalaysia#212tahun#selamatharipolismalaysiabersama #SMyusuframji”tulisnya.
Sempena hari polis hari ini, pelakon yang pernah membintangi dalam drama bersiri Nur itu telah memberi kata-kata hormat kepada semua anggota badan beruniform polis atas segala jasa dan pergorbanan kepada negara.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Mira Filzah ada memberi penjelasan mengenai perkongsiannya bersama suami, Wan Emir Astar di platform media sosial.
Tidak dinafikan, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah, mengakui ada ketikanya apa yang dimuat naiknya telah mendapat reaksi pelbagai warganet.
“Pada pandangan peribadi, saya sebenarnya tidak terlalu berkongsi hal peribadi bersama peminat, cumanya, saya ada akaun YouTube yang dikongsi bersama dengan Emir.
“Jadi di situ kami kerap berkongsi aktiviti bersama seperti bermain ‘game’ dan perkembangan terkini. Apa yang boleh saya katakan, ia bukanlah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi.
“Malah, kalau dirasakan ia terlalu peribadi dan privasi, memang jarang sangat saya kongsi,” katanya jujur.
Selain itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai komen yang diberikan warganet terhadap apa yang dikongsi.
Jelas Mira, sebagai seorang selebriti, dia mengambil sikap terbuka untuk menerima perkara tersebut serta apa reaksi yang diberikan semua.
“Hal tersebut sebenrnya berada di luar kawalan dan sejujurnya saya tak berkecil hati kerana saya faham inilah dunia media.
“Malah sebenarnya, mereka juga berhak dan bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka rasakan dan kita tak boleh nak sekat atau halang benda tu.
“Cuma biarlah berpada-pada dan selagi tidak menyentuh sensitiviti saya okay saja” katanya kepada MH.
Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Mira telah menerima anugerah Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Mawi ada memuat naik satu rakaman video IG TV menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Mawi atau nama lengkapnya, Asmawi Ani telah membuat kejutan buat isteri tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran.
“Happy Birthday Ekin & Aen Semoga diredhai Allah dunia & akhirat ameennn .” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut memuji sikap penyayang dan romantis bintang berkenaan buat orang rumahnya itu.
Malah, tidak kurang yang turut mendoakan kesejahteraan Ekin dan semoga keluarga ini kekal hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Mawi mendirikan rumah tangga bersama Ekin atau nama sebenarnya, Nora’Asyikin Rahmat pada 21 Oktober 2008 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Ekin juga memiliki pasangan kembar yang bernama Nora’Ain Rahmat.
Video: Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!