Setelah sekian lama tidak mengemaskini akaun media sosial, bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari telah memuat naik satu status di IG Stories miliknya.
Ia bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada hari ini (22 Mac).
“Saya tahu saya sudah lama tidak post apa-apa kerana sejujurnya masih belum bisa (boleh).
“Tetapi, pada hari istimewa ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya, saya tekad untuk post hari ini.
“Saya mahu berterima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan. Saya amat bersyukur dikelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.
Ads
“Ini bukan perjalanan yang mudah, tapi sedikit demi sedikit saya berusaha bangkit dan berjalan.
“Pada hari ulangtahun kelahiran saya ini, kalau boleh, saya minta kirimkan doa untuk Allahyarham Ashraf dan doa untuk kita semua agar selalu dilindungi dari marabahaya.
“Stay safe everyone and stay at home pelase. Lets take care of each other. I love you,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung di Hospital Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.
Aktres Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan kini teman rapatnya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Memetik Astro Awani, keduanya bakal disatukan pada dalam tempoh tujuh bulan akan datang, seperti mana yang didakwa satu sumber.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” dakwa sumber tersebut seperti yang dipetik.
Terdahulu, mereka difahamkan sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah mereka kembali bertemu dan berhubung semula.
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.
Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita berusia 26 tahun itu.
Lelaki berusia 30 tahun itu merupakan anak sulung daripada empat beradik.
Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
Setakat ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan bilangan 10 peratus atau kira-kira 3 juta rakyat negara ini yang masih ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Lalu pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau menyifatkan, andai kakitangan barisan hadapan ini berputus asa, marah dan kecewa untuk terus menerajui ‘peperangan’ wabak Covid-19, apa akan berlaku kepada Malaysia?
Jelas penceramah bertauliah itu, rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan dan menitipkan doa agar kesemua mereka terus diberi kekuatan dan kudrat melawan pandemik yang melanda.
“Kecewa.. Frust.. Putus Asa. Geram. Rancang lain jadi lain. Nak tido tetiba kena bangun. Marah! Arghhhhhhh… Itulah yang pernah Pak Su rasa.
“Frust, kecewa, geram, marah, Fade up, Give up dan lain lain.
“Cuba Bayangkan Kalaulah Frontline kita sekarang nie rasa Giveup, Fadeup, kecewa, penat, Frust, putus asa, marah dan lain lain perkataan yang sama waktu dengan nya. Agak agak apa jadi?
“So!!! Kita Jangan Give up, Kita Jangan Fade up, Kita Jangan kecewa, Kita Jangan putus asa, Kita Jangan Frust, Kita Jangan marah, Kita Jangan up set!!!!! Kita Support Semua Frontline Kita Dengan Doa.
“Ya Allah… Kau angkatlah Kembali Virus Covid 19 ini kembali dari Dunia ini, Negara Ini, Negeri Ini, Bandar ini, Kampung ini, Taman ini, Rumah kami ini.
“Ya Allah… Kau Berilah Kekuatan, kesabaran kepada Petugas Petugas Kami yg sedang berdepan dengan Ujian Mu ini.
“Ya Allah… Kau Pimpinlah Pemimpin Pemimpin Kami agar Bersatu , Sebulat Suara Mencari Solusi Utk Menyelesaikan Masaalah atau Ujian yang Kau berikan kepada kami ini.
“Ya Allah… Kau Lembutkan lah Hati Hati Kami Yang Keras ini, mungkin kerana Kesalahan dan Dosa yang kami laku kan secara sedar atau tidak sedar Maka Kau Beri kami Ujian ini.
“Ampuni lah Kami Ya Allah. Kasihani lah kami Ya Allah. Kami lemah Ya Allah. Kami Tak berdaya Ya Allah. Ampuni kami Ya Allah. Kami Bertaubat Ya Allah. Kami Bertaubat Ya Allah.Kami Menyesal Ya Allah… Ameen,” doanya.
Sekadar maklumat, Malaysia menerima empat lagi kes kematian melibatkan kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 pada 23 Mac 2020.
Foto : Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.