Selain berkebolehan menyanyi dan mencipta lagu, Haqiem Rusli memasang impian untuk membuka sebuah kolam ikan talapia.
Katanya, hasrat tersebut telah lama diimpikan selepas tamat pengajian sekolah menengah.
“Selepas SPM, saya teringin nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. Ini juga merupakan satu impian dan minat saya dalam memancing, selain bidang muzik.
“Malah, perkara ini juga dapat membantu saya di masa hadapan kelak.
“Mungkin satu hari nanti, saya akan buka perniagaan ikan talapia, kita tak tahu rezeki masing-masing,” katanya kepada MH.
Ads
Haqiem Rusli ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Ikon Selebriti Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) yang diadakan di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya baru-baru ini.
Ads
Menurut pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini juga, minat tersebut diinsiprasikan dari ahli keluarganya yang lebih memfokuskan ke arah bidang tersebut.
“Saya lahir dan membesar di Hulu Langat, jadi kehidupan saya lebih kepada bidang pertanian, sekali gus ia menjadi minat dan hobi saya.
Ads
“Malah, keluarga dan saudara juga terlibat sama dalam bidang ini.
“Jadi, dengan wujudnya program sebegini (JAM 2020) dan saya pula dilantik sebagai ikon selebriti, ia merupakan satu platform yang terbaik bagi saya agar impian saya menjadi kenyataan untuk membuka kolam ikan talapia ,” kongsi Haqiem yang popular dengan lagu Lembah Kesepian.
Dalam perkembangan lain, Haqiem dan Baby Shima dipilih sebagai ikon selebriti bagi Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) bagi golongan muda untuk menceburi bidang pertanian dan industri makanan.
Program tersebut akan dilaksanakan di setiap negeri bermula 13 hingga 15 Mac ini dan 2 hingga 4 April depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anaknya sulungnya, Jad Thaqif untuk membeli telefon pintar idamannya dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, pada mulanya, dia pernah menawarkan untuk membelikan telefon tersebut namun ditolak oleh anaknya.
“Dia usaha kumpul duit. Lama dah. Kita nak belikan, dia tak nak. Nak belajar usaha katanya. Dia kumpul duit masa tolong Atok dia.
“Duit raya dia, tiap hari pulak buat keje rumah. Bila dia tolong nanti ibu dia bagi upah duit.(Saja bagi upah sebab tahu dia nak cuba kumpul) Tahniah Jad. Akhirnya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sebagai bapa, dia turut tumpang gembira bila melihat usaha keras anaknya akhirnya membuahkan hasil.
“Baba puas tengok Jad ketawa. Baba tau Jad ketawa sebab Jad tak percaya Jad dapat. Baba dulu kumpul duit nak beli beg Alien Workhshop pun tak cukup-cukup Jad,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut memuji cara Ajak dan isteri membesarkan anak-anaknya itu.
“Dia akan lebih menghargai sesuatu barang tu dengan duit hasil usaha dia bang. Congrats Jad.
“Anak soleh. Moga berjaga dunia akhirat.
“Terbaik! Teringat dulu saya sendiri kumpul duit lepas SPM untuk beli telefon pertama saya. Nyatanya, puas hati. Dari itu, saya mengerti makna berdikari dan berjimat-cermat serta menghargai masa.
“Alhamdulilah, pandai usaha sendiri.
Satu kepuasan bagi seorang kanak-kanak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di laman Instagram.
Sekadar informasi, Ajak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada tanggal 6 Jun 2009
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose memaklumkan keadaan abang ipar, Kamal Adli kini berada dalam keadaan yang baik dan kakaknya, Uqasha kini sudah kembali bekerja.
Bagaimanapun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, berkata mereka berdua masih lagi trauma selepas insiden Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di sebuah acara di Singapura pada 12 Mac lalu.
“Alhamdulillah Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu. Jadi sudah tentu mereka perlukan semangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.
“Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar. Mungkin dia ambil tempoh ini untuk berehat,” katanya.
Susulan insiden tersebut, pelakon drama Khilaf Asmara itu tidak menafikan dia sekeluarga turut menerima tempias.
“Apa yang boleh saya cakap, sejak kejadian tersebut kami satu keluarga trauma terutamanya kakak sulung yang ada di tempat kejadian. Bayangkan ketika itu, semua ahli keluarga saya ada, cuma saya, emak dan Raysha saja yang berada di Kuala Lumpur.
“Malah saya juga sepatutnya ke acara tersebut, tapi ada sesuatu yang timbul dan tak sempat untuk ke sana. Jujurnya saya juga panik, takut, malah trauma. Jadi selepas kejadian tersebut memang kami berjaga-jaga, tidak berani keluar sendirian.” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nelydia bersyukur kerana Kamal tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk dan Uqasha juga selamat dari diserang.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada waktu itu adalah nasib baik Allah panjangkan umur kakak dan abang ipar saya. Allah tetap melindungi mereka. Ia mungkin boleh jadi lebih teruk, tapi Allah masih menjaga mereka. Alhamdulillah.
“Bila kami dapat mesej dari Uqasha dalam kumpulan Whatsapp keluarga, macam nak jatuh jantung ini sebab fikir saya akan kehilangan abang ipar.
“Tya Ariffin yang berniaga sama di sana juga ada menelefon kami bercerita mengenai apa yang terjadi sebab Uqasha sibuk menguruskan keadaan. Kamal pun ada beritahu mujur dia yang kena bukan Uqasha sebab kalau Uqasha yang kena, mungkin lebih teruk,” katanya.
Berikutan itu, Nelydia berkata, tidak hanya artis, malah orang ramai di luar sana juga perlu mementingkan soal keselamatan.
“Keselamatan itu sangat penting, sebab kita tak pernah terfikir serangan itu akan terjadi, ia boleh terjadi pada sesiapa pun. Tak kisah, artis, ahli perniagaan atau cikgu sekalipun. Sekarang baru saya faham kenapa ahli perniagaan selalunya ada yang menjaga.
“Jadi tolongnya wanita-wanita di luar sana berhati-hati dan sering berteman. Dan kita juga tak boleh terlalu berkongsi lokasi kita sebab kita tak tahu niat orang,” katanya.
Terdahulu, Kamal diserang dan dalam kejadian berkenaan, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.
Aktor itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Nelydia ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Nelydia antara 400 jemputan yang terdiri daripada rakan selebriti, rakan media, model-model, pemain-pemain industri, rakan kolaborasi, anak-anak asnaf, keluarga sahabat handai yang menghadiri majlis berbuka puasa istimewa itu.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu raya dari barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Ning Baizura, Liza Hanim dan Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rappper popular tanah air, Joe Flizzow mengakui berasa amat teruja apabila diberikan peluang untuk berkerjasama dengan platform pendidikan, SOLS 24/7 untuk membantu orang ramai menguasai Bahasa Inggeris.
Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, perkara tersebut mengingatkannya kembali sewaktu mula-mula dia menghasilkan album berbahasa Inggeris bersama kumpulan Too Phat kira-kira 22 tahun yang lalu.
Album berkenaan dikatakan sedikit sebanyak telah menarik minat ramai remaja pada waktu itu untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
“Sebenarnya, satu ketika dahulu, sewaktu Too Phat mula-mula berkecimpung di dalam industri muzik rap, album pertama kami keseluruhannya adalah di dalam bahasa Inggeris.
“Jadi, satu hari tu , saya ada mendapat sepucuk surat daripada seorang guru di Kelantan. Beliau berterima kasih kepada saya kerasa disebabkan album Too Phat itu, para pelajarannya bersemangat untuk belajar Bahasa Inggeris.
“Beliau juga mengajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan lagu-lagu Too Phat. Muzik, filem dan medium-medium lain juga boleh membantu mengusai Bahasa Inggeris. Belajar bukan hanya di sekolah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Apa Khabar itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis sidang Media Jom BerEnglish With Joe Flizzow yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya berasa amat tertarik dengan medium yang digunakan oleh pihak SOLS 27/7 untuk menjadi pembelajaran Bahasa Inggeris menjadi lebih menarik
“Saya amat tertarik bila pihak SOLS menghubungi saya. Mereka ingin mengajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan Bahasa Melayu.
“Pada mulanya saya terkejut bila dengar Bahasa Inggeris tidak dibenarkan untuk diajar di dalam Bahasa Melayu di sekolah. Saya tak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sesuatu harus dilakukan.
“Cuba bayangkan, kalau kita nak belajar Bahasa Itali, takkanlah cikgu itu nak cakap Bahasa Itali sampai habis. Mesti dia akan tafsir dalam bahasa yang mudah untuk murid-muridnya faham,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Joe turut menyifatkan insiatif ini merupakan langkah yang terbaik untuk memberi peluang buat mereka yang kurang berkemampuan untuk mempelajari Bahasa Inggeris
“Apa yang paling saya suka, aplikasi ini sangat mudah dan kursusnya percuma. Tidak akan ada caj tersembunyi pada aplikasi ini.
“Ini sememangnya sudah menjadi misi saya untuk membantu mereka yang susah untuk mendapatkan akses dalam pelajaran.
“Saya dah lama berhahat untuk membantu perjalanan seseorang itu dalam menguasai Bahasa Inggeris,” ujarnya lagi.
Terdahulu, aplikasi yang diberi nama SOLS Edu ini telah pun dilancarkan secara rasmi bermula hari ini di platform IOS, Android, komputer riba, komputer meja dan tablet.
Joe Flizzow akan mengajar tentang 28 topik (52 pelajaran) yang merangkumi asas bahasa Inggeris dan apabila semua pelajaran berjaya diselesaikan, sijil akan dikeluarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya...