Pelakon Zahirah MacWilson tidak menolak kemungkinan tarikh 20 Februari 2020 sebagai tarikh pernikahannya dengan tunang, Aiman Hakim Ridza, sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram baru-baru ini.
Bintang utama Curi-Curi Cinta ini masih berteka-teki meski ada yang membuat spekulasi keduanya bakal disatukan dalam tempoh beberapa hari lagi.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Zahirah, 25, bagaimanapun mengakui fasa berkahwin merupakan satu momen bermakna bagi dirinya.
“Satu momen yang besar untuk ssya. Tunggu sahaja pada hari kejadian, tunggu dan lihat, (20 Februari 2020).
“Saya bukan nak berahsia, tapi biarlah ia menjadi kejutan,” jelasnya kepada MH.
Mengakui majlis nikah akan dilangsungkan di dalam negara, Zahirah turut enggan berkongsi lanjut mengenai persiapan perkahwinannya.
Ads
Sementara ketika mengulas mengenai spekulasi ‘saham’ akan jatuh andai seseorang selebriti itu sudah berumah tangga, Zahirah mempunyai jawapannya sendiri.
“Kalau orang nak mengatakan mengenai saham akan jatuh, orang akan bercakap. Tapi pada akhirnya, ia bergantung kepada rezeki.
“Ia (perkahwinan) perjalanan dan cabaran untuk saya tempuhi. Malah untuk majlis nanti, saya tidak mahu meletakkan apa-apa sasaran.
Ads
“Ia lebih kepada majlis untuk meraikan kedua belah keluarga, rakan keluarga dan teman media,” ujar Zahirah yang turut merakamkan ucapakan terima kasih buat semua peminat yang mendoakan.
Terdahulu, Zahirah ditemui pada majlis Pelancaran Filem Bulan & Pria Terhebat yang bakal ditayangkan pada 12 Mac depan.
Selain Zahirah, turut sama terlibat di dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar itu ialah Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman, Alif Hadi dan ramai lagi.
Ads
Pasangan selebriti terbabit sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila masing-masing berkongsi foto yang dipercayai gambar pra-perkahwinan mereka berserta tanda pagar yang tertera nama gabungan serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.
Pasangan itu juga pernah mengadakan sidang media mengumumkan mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini. Namun, tarikh sebenar masih belum didedahkan.
Pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada Jun 2019.
Pelakon Ashraf Muslim berkongsi detik ketika menjalani sampel ujian saringan Covid-19 yang terakhir di hospital.
Ashraf mengakui agak gementar untuk mengetahui keputusan sama ada negatif atau positif. Dan hanya bertawakal kepada Allah untuk apa sahaja keputusan yang diterima.
“Inilah waktu yg agak cemas bg AM bila menjalani swab yang terakhir. Bukan proses swab itu yg sakit tapi result negative atau positive tu. Macam2 fikir waktu itu. Dah siap-siap fikir dah kalau positif apa nak kena buat dan kalau negatif apa yang perlu dibuat. Paling penting yg AM boleh buat waktu itu yerlah tawakal jer pada Allah swt dan redha apa saja jawapannya .
“Dan Alhamdulillah result keesokkannya adalah negative untuk kali kedua. Memanglah happy sbb dah xde covid tapi rasa sedih pula utk meninggalkan wad itu bila terpaksa meninggalkan rakan-rakan yg sama-sama berjuang melawan covid nih. Ntah bila boleh jumpa dierg lgi lepas ni. InsyaAllah dierg pun tak lama lagi boleh balik ke pangkuan family masing-masing. Tq juga kpd Dr. Hafizi yg amek swab waktu ni, tenang jer orangnya.. mmg sesuai menjadi seorang doktor. Tq semua frontliners yg menjaga kami , bersihkan wad kami, masak dan sediakan makanan, basuh dan hantar pakaian-pakaian kami setiap hari dan melayan sert menjawab soalan-soalan kami yg kadang-kadang tak masuk akal dan minta macam-macam. Terima kasih banyak saya ucapkan. Hanya Allah saja yang boleh membalas jasa anda semua. .
Penampilan terbaharu pelakon Emma Maembong menarik perhatian netizen selepas dia tampil dengan imej berambut pendek.
Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memuat naik video yang memaparkan perubahan rambutnya dari panjang melepasi paras bahu menjadi pendek paras telinga.
Menerusi video yang dimuat naik Emma di laman Instagram miliknya itu, dapat dilihat pelakon berkenaan begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu.
Peminat turut memuji kecantikan Emma yang kelihatan lebih muda dengan rambut pendek.
“Nampak muda la Emma.
“Ada drama baru ke sampai potong rambut pendek ni? Tapi cantik betul.
“Ada anak memang akan potong rambut pendek, mesti dia rimas dengan rambut gugur,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, penampilan Emma sentiasa menjadi perhatian warga maya terutama berhubung isu pemakaian seksi yang dikatakan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu.
Sekadar info, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azahar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan, aktres kacukan Melayu-Inggeris itu dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lima tahun bergelar ibu tunggal, persoalan mengenai jodoh sering kali ditanya buat primadona, Erra Fazira.
Terbaharu di laman Instagram, dia mengakui setiap soalan yang diajukan begitu menyentap perasaan kerana ianya cukup sensitif.
“Haaaaa nampak? Kan dah majuk?!! Tu laaa korang dok sibuk tanya.. siapa calon?? bila nak kawin?? Taknak kawin ke??!! Sampai bila?!! Aiyoooo… Sentap tau tak!! Soalan tu soalan makan dalam tau takkk.
Tambahnya lagi, dia bukan ‘kaki dating’ yang gemar menghabiskan masa berdua-duaan. Jika serius mahu ke fasa seterusnya, disarankan terus masuk meminang.
“Lelaki pulak.. kalau setakat nak ajak dating.. minum2 makan2,, aiyooo jangan buang masa laaa.. ASP jeslina sibuk tau .. dia tak kaki dating2 ni.. Nak kalu.. terus masuk meminang la!! Baru gentleman!!!
“Tapi takpe.. kalau nak jugak dating,, jom jumpa setiap jumaat jam 8.30pm di mana? Di TV2!!” tulisnya.
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.