Pasangan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjelaskan pihaknya tidak menumpang isu tular yang sensasi membabitkan madu Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan sebagai strategi pemasaran tudung, Wawa Scarves.

Wawa berkata, kerjasama itu telah dilakukan lebih awal selain mahu membantu wanita terbabit mencari rezeki.

“Sebenarnya ia kebetulan. Sebab kami pun sudah ‘deal’ dengan Misya sudah lama. Bukan kita menggunakan dia sebagai salah satu strategi pemasaran, tidak.

“Cuma pada masa yang sama, kita memang nak bantu dia juga. Iyalah, yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja. Jadi orang kata kita pun mahu dia menonjol juga.

“Mana tahu selepas ini supaya lebih banyak tawaran kerja juga buatnya ,” kata Wawa kepada MH ketika ditemui pada majlis Raikan Ramadan 2024 di Kuala Lumpur pada Rabu.

IKLAN

“Bukan Kita Gunakan Dia Sebagai Strategi Pemasaran, Tidak!,” – Wawa & Aeril Hanya Nak Bantu Misya, Tak Tumpang Isu Viral

“Bukan Kita Gunakan Dia Sebagai Strategi Pemasaran, Tidak!,” – Wawa & Aeril Hanya Nak Bantu Misya, Tak Tumpang Isu Viral“Bukan Kita Gunakan Dia Sebagai Strategi Pemasaran, Tidak!,” – Wawa & Aeril Hanya Nak Bantu Misya, Tak Tumpang Isu Viral

Dalam pada itu, Aeril turut menafikan spekulasi warganet yang mendakwa pemilihan wanita itu sebagai menangguk di air keruh atau mengambil ksempatan susulan isu tular yang berlaku.

IKLAN

“Kita akan selidiki terdahulu mana-mana pempengaruh yang tengah ‘in’ memandangkan setiap bulan memang akan ada artis atau pempengaruh yang bantu promosikan produk kami.

“Kalau nak kata ambil kesempatan tu, tak betul juga. Malah saya pun tak berapa pasti sejauhmana dia dianaiya atau sebaliknya.

“Mana tahu dia pun bahagia saja. Dalam hal ini, ia lebih kenapa kami mahu membantu. Bukan hanya nak bantu dia tetapi sesiapa sahaja,” katanya.

IKLAN

Terdahulu pada majlis tersebut, Aeril dan Wawa turut melancarkan produk terbaharu mereka, iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’

Dihoskan oleh Izzue Islam, majlis bertemakan serba putih itu turut dihadiri lebih 200 jemputan, terdiri daripada para pengedar, pempengaruh media sosial dan warga kerja Wawa Cosmetics.

Turut diraikan pada majlis sama ialah lebih 100 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim terpilih yang menerima sumbangan duit raya dan beg sekolah.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI