Kumpulan popular Floor 88 memberikan pandangan terhadap sikap segelintir artis yang didakwa sanggup ‘membuang harga’ hanya untuk mendapatkan tawaran  mana-mana persembahan.

Menurut salah seorang anggotanya, Eric Fuzi, tindakan itu bukan sahaja menjejaskan imej diri sendiri, malah tidak menghormati ekosistem industri seni secara keseluruhan.

“Isu bayaran artis ini, kita perlu lihat daripada sudut profesionalisme. Bila artis letakkan sesebuah harga, itu bukan kerana mereka ‘demand’ tapi ia menunjukkan tahap profesionalisme seseorang artis.

“Setiap orang sudah ditentukan dengan kadar bayaran yang tersendiri. Bila mohon kerja, kita pun tengok juga jumlah gaji yang ditawarkan. Takkanlah kita nak bekerja sesuka hati sahaja.

“Sebagai anak seni, kita juga perlu menjaga industri kita. Kita selalu dengar anak seni merungut kerana gaji sikit dan tak setimpal. Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga.

“Kalau ada rakan-rakan artis yang sanggup buang harga semata-mata untuk dapatkan show, itu maknanya mereka pentingkan diri sendiri. Mereka tak menjaga ekosistem di mana artis-artis lain juga bekerja,” katanya kepada MH.

Terkilan Sikap Segelintir Orang

Eric turut terkilan dengan sikap segelintir pihak yang didakwa sanggup menurunkan standard kerja demi tawaran murah.

“Kita kena menjaga rate harga dan standard persembahan. Kami pernah terima tawaran yang tak masuk akal tapi kami tidak menolak mentah-mentah. Cakap pun berlapik lagi.

Ads

“Namun, kalau situasi ini kerap berlaku, rasa tak best juga. Hal-hal seperti ini bukan berlaku kepada artis sahaja, kru belakang tabir pun terima nasib sama.

“Asal ada kamera sahaja terus mengaku pengarah fotografi. Asal boleh edit pakai Capcut, mengaku editor.

“Kerja kami ini pun ada standard. Ada orang belajar tinggi-tinggi untuk dapat kerja yang bagus,” kongsinya lagi.

 

Ads
Buang Harga Demi Show? Eric Fuzi Anggap Tak Hormat Ekosistem Industri & Penting Diri – “Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi Nak Jaga?”
 

Sentuhan Manusia Tak Akan Diganti AI

Ketika ditanya pandangannya tentang penggunaan artificial intelligence (AI) dalam bidang kreatif, Eric menegaskan bahawa teknologi tidak akan mampu menandingi jiwa dan sentuhan manusia.

“Nampak sahaja mudah tapi yang membezakannya adalah sentuhan manusia. Ketika ini, AI memang nampak canggih namun hati dan jiwa itu hanya ada pada manusia.

“Sebagai orang biasa pun kita boleh bezakan mana satu AI dan karya sebenar,” akhirinya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Ads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Buang Harga Demi Show? Eric Fuzi Anggap Tak Hormat Ekosistem Industri & Penting Diri – “Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi Nak Jaga?”

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩

Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!

Tengok Powerbank Free Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI