Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memaklumkan dirinya kini terpaksa ditahan di hospital buat sementara waktu selepas disahkan mengidap masalah keradangan pada bahagian kulit.

Jelas Aril, dia juga telah diasingkan daripada pesakit-pesakit lain kerana bimbang penyakit tersebut akan berjangkit dan merebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus)

“Allah swt beri ujian sikit supaya kita lebih ingatkan Allah swt lebih banyak, lebih2 lagi bulan ramadhan ni, Allah swt uji sebab Allah swt sayang kita.

“Assalam semua, malam tadi saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.

“Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. So terpaksa la dok wad sensorang dalam 5-7 hari,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital “Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital “Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital

Katanya lagi, radang tersebut telah merebak di seluruh badannya termasuklah di bahagian pinggul

IKLAN

“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggan hingga ke bahagian atas peha kanan, dan bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas.

“Senang cite pinggang perut bontot la en. So susah la skit aku nak share gambonya takot kemontokkan dan kemonggelan tu terserlah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bapa kepada seoang anak ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga dirinya lekas sembuh dan beraya bersama keluarga tercinta.

IKLAN

“Insyaallah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapat lah saya sambut hari raya aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta khamis ni ya..Amin Yarabbal Alamin,” akhirinya.

Meninjau di ruangan rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa risau selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Aril.

“Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital “Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital “Boleh Mengakibatkan Jangkitan Pada Orang Lain,” – Diserang Radang Kulit Serius, Aril Pilus Diasingkan Di Hospital

Sumber: Instagram Aril Pilus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI