Penyanyi Farawahida mengakui ada berusaha dan ikhtiar bersama suami di dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata, cuma masih belum ada rezeki.

Bagi penyanyi Mengapa Harus Aku bersama Datin Alyah ini, dia bersama suami lebih senang bersabar dan berusaha pada masa sama.

“Ramai juga peminat yang mesej bertanya mengenai perkara sama. Malah ada juga yang membayangkan rutin hidup saya yang terlalu aktif menyebabkan usaha untuk mendapatkan cahaya mata itu terbantut.

“Rasanya isteri lain di luar sana pun aktif juga, tetapi mereka masih ada rezeki zuriat. Bukanlah tidak percaya tetapi sejujurnya kami pun ada ikhtiar. Bohonglah kalau selama ini kami tidak melakukan apa-apa ikhtiar. Baik moden dan tradisional, kami sudah pun mencuba.

“Bohonglah Kalau Kami Tidak Melakukan Apa-Apa Ikhtiar,” – 6 Tahun Berkahwin, Farawahida Belum Dikurniakan Rezeki Zuriat

IKLAN

“Mungkin belum diizinNya untuk timang cahaya mata sendiri. Apa pun kami tetap akan cuba dn ikhtiar. Dari pihak saya dan suami, kami tidak ada apa-apa masalah.

“Perkahwinan pun sudah cecah tahun keenam Disember depan. Doakan yang baik-baik sahaja. Malah saya sendiri pun memang impi untuk ada anak sendiri,” ujarnya kepada MH.

Terdahulu, Farawahida ditemui di majlis Hari Penghargaan 2019 Zarraz Paramedical di Summit Hotel, Kuala Lumpur.

IKLAN

Turut menyerikan majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang itu ialah sesi penghargaan kepada para stokis selain persembahan artis lain iaitu Kelly Azman.

“Bohonglah Kalau Kami Tidak Melakukan Apa-Apa Ikhtiar,” – 6 Tahun Berkahwin, Farawahida Belum Dikurniakan Rezeki Zuriat

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Fara yang turut menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelima turut memberitahu, dia sudah pun merancang untuk muncul dengan single baru.

“Masih di dalam pencarian lagu baru. Ia makan masa sebab saya mahukan yang terbaik, apatah lagi selera peminat sekarang cepat berubah-ubah.

“Kalau boleh, saya mencari sebuah lagu yang berentak fast,” katanya yang terbuka untuk menerima lagu dari komposer muda atau lama.

Foto: Instagram Farawahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI