Ads

Bintang Avengers Jeremy Renner Dirawat Di ICU, Alami Kecederaan Serius Ketika Bersihkan Salji

Pelakon Jeremy Renner dilaporkan berada dalam keadaan kritikal namun stabil selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji di kawasan kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh wakil pengurusannya, Jeremy ketika ini masih lagi dirawat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berhubung kecederaannya itu.

Kenyataan itu juga menyebut pelakon berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan serius di bahagian dada.

“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji,” kata kenyataan tersebut.

Ads

Jeremy memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam siri popular Marvel, The Avengers, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada sejak beberapa tahun lalu.

Kawasan kejiranan Jeremy yang terletak di Utara Nevada itu sering dilanda salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.

Ads

Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.

Ads

Jeremy juga popular menerusi wataknya sebagai William Brandt dalam filem Mission: Impossible – Ghost Protocol yang ditayangkan pada 2011.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Rasanya Dah Boleh Berhenti Bertanya…,” – Fasha Sandha Enggan Ulas Imej...

Pelakon Fasha Sandha tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut mengenai imej tular beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab.
error: Hello. Cannot.