“Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja,” kongsi penyanyi sensasi lewat 90-an, Leina Hangat apabila ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Cuma baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga.
“Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri,” katanya kepada MH.
Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, bintang yang sinonim menerusi lagu Ceria Dalam Gundah ini akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu.
“Pada saya tak kisah orang nak panggil dengan nama Leina Hangat ke… Sekarang ni ada yang panggil dengan nama ‘Leina Suam-Suam Kuku’, Leina Hangit’ ada. Saya terima dengan seadanya.
Ads
“Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud ‘gembira’ dan Hangat itu ibaratnya sentiasa ‘hangat bergembira di Hari Raya’.
“Jadi saya tak kisah orang nak panggil dengan nama apa pun, asalkan yang eloklah. Ia sekadar nama. Cuma nama yang baik untuk saya sebagaimana yang tertulis di kad pengenalan itu yang lebih penting,” terangnya lagi.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ditanya mengenai sejauh mana keunikan nama komersialnya itu sendiri sehingga ia kekal ‘melekat’ sampai sekarang, pelakon filem AWAS ini pada awalnya akui agak malu untuk memperkenalkan diri.
“Ada juga yang tanya Leina mana ya? Bila saya nak cakap nama Leina Hangat itu, demi Allah saya malu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
Ads
“Akan tetapi disebabkan nama itulah, saya teruskan apa seadanya. Keliru juga nak perkenalkan diri. Cuma pada saya tidak salah pun,” kata Leina yang masih lagi ceria dan suka bergurau.
Terdahulu, penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mulai mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu.
Kali terakhir dirinya mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000.
Selain Ceria Dalam Gundah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut popular menerusi lagu Gara-Gara, Eh…Dangdut, Helo-Helo Sayang dan banyak lagi.
Pelakon, Yana Samsudin berkongsi tips bagaimana untuk menangani anak apabila mereka tantrum (mengamuk) di tempat awam.
Menerusi kapsyen di laman Instagramnya, terdapat lima tips yang dikongsi pelakon filem Rise: Ini Kalilah itu.
“Bila ko tahu anak tengah berdrama, kami jadi penonton tiket paling mahal. Kih kih.
“Okaylah, Aisy Mateen start tantrum guling-guling badan masa bulan puasa tahun lepas masa umurnya satu tahun setengah, sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.
“1st time masa tu kat expo Singapore, dia guling-guling sambil nangis, nasib hall tu karpet, masa 1st time dia jadi macam itu saya cepat-cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu suruh daddy dia bawa dia dari situ. Huhuhu
“Ya, tipsnya bila anak tantrum. 1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai.
“Paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.
“2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan.
“Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
“3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain.
“Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.
“4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana.
“5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih.
“Ok lah anak kalian trantrum start umur berapa? #tipsbolehgunapakai #MateenDanMommy #yanalifehack,” tulisnya.
Penyanyi Najwa Latif telah sah bergelar isteri kepada ahli muzik, Akwa Arifin dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Batu Pahat, Johor pada jam 8.30 pagi Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri penyanyi Cinta Muka Buku itu menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi entri tersebut, Najwa atau nama sebenar, Imratul Najwa Abdul Latif, 27, memuat naik gambar mereka berdua sebaik disahkan bergelar suami isteri.
“Alhamdulillah, kami dah grad (nikah),” tulis Najwa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, netizen dan rakan artis seperti penyanyi Ainan Tasneem, Hanie Soraya, Dayah Bakar dan Adi Fashla mengucapkan tahniah di atas penyatuan dua jiwa tersebut.
“Alhamdulillah tahniah you two.
“Know know kahwin.
“Wehhh terkejut!!! MashaaAllah tahniah wawa sayang! Semoga sentiasa bahagia di samping suami yang tersayang & menjadi isteri yang solehah. Aamiin. Mwahh!.
“Start dari Collab sekarang terus Collab forever ever sampai Jannah. Tahniah both of you,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Najwa Latif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!