Ads

“Bila Kita Gembira Untuk Orang Lain, Allah Akan Tambah Lagi Kebaikan Itu Untuk Kita,” – Fazura

Fazura
Fazura

Pelakon dan penyanyi yang juga usahawan, Nur Fazura berkongsi pandangannya mengenai keterbukaan terhadap rezeki orang lain.

Pendapat tersebut diluahkan Fazura yang juga ibu kepada seorang cahaya mata itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi sedutan yang dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial itu, Fazura yang popular dengan lagu Cinta Langka ini berpendapat, adalah tidak wajar untuk seseorang itu berasa iri hati terhadap kejayaan atau kebahagiaan individu lain.

Sebaliknya, setiap daripada kita perlu belajar untuk turut sama meraikan kegembiraan terhadap nikmat yang dikurniakan kepada orang lain.

“Bila Kita Gembira Untuk Orang Lain, Allah Akan Tambah Lagi Kebaikan Itu Untuk Kita,” - Fazura

“Jangan marah pada rezeki orang lain, kita kena gembira. Bila kita gembira untuk orang lain, Allah akan tambah lagi kebaikan itu untuk kita,” katanya.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/walau-ada-kisah-menyakitkan-akhirnya-kita-sedar-semuanya-hadir-dengan-hikmah-kisah-terbaik-fazura-sisi-perjalanan-hidup-penuh-makna/

Fazura Percaya Pada Ketentuan Allah

Dalam masa sama, pelakon filem Gol & Gincu itu turut menyentuh mengenai konsep ‘law of attraction’, dalam konteks sebagai Muslim.

“Kalau orang putih panggil ‘law of attraction’, tapi kita percaya pada hukum dan qada Allah SWT.

“Kalau kita gembira untuk orang, kita kongsi orang punya kegembiraan.

Ads

“Kita tengok orang cantik, orang itu berjaya, apa yang kita rasa untuk orang lain, itu yang akan kembali kepada kita,” jelasnya lagi.

Malah, Fazura turut berpandangan kejayaan atau kegembiraan orang lain sewajarnya diraikan dengan hati yang terbuka tanpa dipersoalkan.

“Bila Kita Gembira Untuk Orang Lain, Allah Akan Tambah Lagi Kebaikan Itu Untuk Kita,” - Fazura

“Ada orang dapat bunga besar, ‘mesti ada sponsor’ atau ‘itu mesti bunga tipu’. Kalau kita fikir macam itu, kita pun akan dapat sebegitu atau lebih teruk.

Ads

“Ini apa yang Faz belajar. Bila Faz nak sesuatu, contoh orang tu pakai baju cantik.

Anda mungkin berminat dengan

“Bila hati kita bersih, kita gembira untuk orang, Allah akan bagi. Memang Faz dapat pula lepas itu,” kongsinya.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian warganet dan rata-rata daripada mereka turut sama bersetuju terhadap pandangan bermanfaat yang dikongsikan.

“Bila Kita Gembira Untuk Orang Lain, Allah Akan Tambah Lagi Kebaikan Itu Untuk Kita,” - Fazura

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Video: Zuhri Amin Anuar & Tiktok Nur Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Noraniza Idris Akui Sukar Cari Komposer Puyai Jiwa Melayu Yang Kuat,...

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris mengakui bukan mudah untuk mencari komposer yang memiliki pengetahuan serta jiwa yang mendalam terhadap muzik etnik bagi menghasilkan karya baharu yang bakal dihasilkan benar-benar menepati identiti dan perjuangannya.