Baru-baru ini, penyanyi Dia Fadila telah diundang untuk menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara Wanita Hari Ini bagi berkongsi pendapat mengenai topik ‘Ibu Bapa Lawnmower’ bersama penonton.

Menerusi program yang dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Hawa Rizwana Redzuan itu, ia menbincangkan mengenai topik tersebut termasuk masalah para ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Sebagai ibu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Aku Masih Setia itu mengakui dirinya pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini.

Ini kerana dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada dua orang anak perempuannya itu.

“Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain “Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain “Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain

“Macam saya, pada awal usia mereka nak masuk ke tadika boleh kata saya ini di kategorikan sebagai seorang ibu yang ‘paranoia’. Bila kita banyak bergaul dan orang lain menceritakan hal anak dia sedikit sebanyak perkara ini mempengaruhi saya dalam memilih apa yang sesuai dan terbaik untuk anak saya.

IKLAN

“Tapi lama-kelamaan bila anak semakin membesar, suami banyak menyedarkan saya untuk tidak terlampau bersikap sedemikian dengan anak-anak.

“Jadi bila mereka dah melangkah ke alam persekolahan, saya sudah mula beri kebebasan kepada mereka untuk membuat pilihan apa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun ini berkata, perasan itu hadir apabila dia sering membandingkan kebolehan anaknya dengan orang lain.

“Sejujurnya, ketika usia anak pertama saya dalam lingkungan 5 ke 6 tahun, boleh kata kawan-kawan sebaya dia sudah boleh membaca tapi anak saya masih lambat untuk membaca.

IKLAN

“Jadi saya risau sampai saya upah tenaga pengajar untuk ajar anak saya.

”Saya banyak merungut mengenai hal tersebut dan lepas tu suami banyak nasihatkan saya untuk jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain.

“Setiap anak ada kelebihan masing-masing, jangan rasa benda itu satu kegagalan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak.

“Lepas tu baru saya perlahan-lahan ubah sikap yang suka memaksa dan lama-kelamaan Alhamdulillah tiga bulan sebelum anak saya melangkah ke sekolah dia dah boleh membaca dengan lancar,” katanya bersyukur.

IKLAN

“Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain “Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain

Sekadar informasi, Dia atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar telah mendirikan rumah tangga bersama Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi pada 1 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan bernama Qaseh Dhiya,10 dan Chinta Qadisa, 8.

“Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain “Bila Anak Makin Membesar, Suami Banyak Menyedarkan Saya,” – Pernah ‘Paranoia’, Dia Fadila Akui Sering Bandingkan Anak Dengan Orang Lain

Foto: Instagram Dia Fadila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI