Tidak hanya berdiam diri, Khiriah membalas kenyataan individu tersebut.
Lantas, Khiriah menjelaskan perkara sebenar mengenai saiz talam yang digunakan.
“Bagi yg baru follow @ dah lama.. saja nak ingatkan yg saya mmg wat review makan guna talam.. blh tengok review sebelum..
“Talam tu sekangkang kera pun tak sampai.. kecik giler, dlm gambar memang nampak gabak.
“Adakah jatuh dosa makan dalam talam? Sapa terror bab ilmu agama mohon jelaskan.. saya jahil lagi hina.. penatlah.. macam 1 kesalahan besar makan dalam talam.” tulisnya.
Berkongsi travelog percutian ketika di Jepun, Rozita Ibrahim menyatakan kegilaannya membeli ikan masin di negara matahari terbit gara-gara cara pembuatannya yang cukup berbeza dengan Malaysia.
Apa yang melucukan, dia hanya membawa pulang ikan masin walaupun membawa duit belanja yang banyak.
“Sy balik jepun beli byk Ikan masin sgt lain dgn ikan masin Msia patut lah mereka sihat , dia x kering sgt dn xmasin pun.
“Suka sgt sy pegi dekat jepun sy beli ikan masin 5kg..Sy bawa duit rm10k pun x habis sbb apa…??? yg sy beli ikan masin..Lawakk betul.”
Tambahnya lagi, warga Jepun sangat mementingkan budaya dan tidak memandang rendah pekerjaan lain walaupun sekadar pengutip sampah.
“Sy suka melihat2 budaya baik negara jepun dn alamnya, warga tuanya sgt ramai dan sihat2 , pelik sbb org mudanya x ramai .
iktibar sy pelajari, mereka x memandang rendah sebarang pekerjaan walaupun pengutip sampah
“Akhlak baik sampai semua org nampak aura2 positif yg cemerlang
“Wlu sekejap disana rasanya sy dapat ilmu buat ikan masin..he he lepas ni sy nak buat juga lah ..caye x..?”
Fasa baharu sebagai ibu bapa sememangnya cukup mencabar apatah lagi dalam proses bedung bayi.
Ulas Dr Say Shazril menerusi Instagram, dia cukup lemah dalam tugasan ini kerana pergerakan bayi yang aktif menyebabkan bedung sering kali gagal.
Dan atas sebab itu dia menyarankan agar pasangan yang baru mendapat anak agar menggunakan bedung berzip kerana lebih memudahkan.
“Topik : Bedung Penyelamat Rumah Tangga Part 2
“Being a modern man, sy nk benda mudah & cepat sb sy tgk parents bnyk perabih unnecessary time when it comes to dealing with kids. Bedung cara tradisional cukup men-sayukan hati. Nk lipat ja makan masa, lepas 30minit sebelah tgn baby terkeluar, dh kne lipat balik.
“Bila peluk baby dibedung tradisional pn gelisah sb kena cermat2 kalau x, nnt terbukak lipatan tu dh satu hal nk lipat balik.
“Maka sy btau bini “xleh gi cmni hun, i koyak dh dgn bedung department ni, mesti ada cara mudah tuk bedung ni” maka bini being a good Googler, google lah & fuiyooo rupa2ny ramai berfikiran mudah mcm sy.
“Kami jumpa 2 style baguih tuk bedung, kalau ampa perasan kt gmba part 1, sy guna style velcro. Kat gmba ni plak sy guna style lagi mudah yakni zip. Style zip ni perghhh kalau korg ade kwn yg baru pas bersalin tolonglah hadiahkan kt dia bedung style zip ni & kat wish card tu ampa tulis siap2 “You’re Welcome”.
Doktor popular ini juga mencadangkan bayi dibedung sehingga usia tiga atau empat bulan.
“Mesti ada yg tertanya “smpi bila nk kena bedung?”. Ahaa jwpnny smpi Moro Reflex tu hilang yakni dlm 3-4bulan maka bila dia dh xterkejut dh, boleh la ampa un-bedung anak2 ampa.
“Sekian perkongsian Kemahiran Hidup Dr Say. Ke ade bedung yg lg mudah dari velcro & zip ni? Bg chan la sy sbgi parents baru nak jakun skit ngn benda2 baby ni wahai parents2 senior huhu.
“P.S : Turn daddy malas layan baby huhu,” kongsinya lagi
Walaupun baru bergelar bapa, namun doktor sasa ini mengambil tahu akan semua perihal bayi kecil dan pastinya ia meringankan beban ibu yang baru melahirkan.
Foto : Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.