Memberi peringatan kepada netizen agar tidak mengenakan bulu mata palsu saat menyambut Aidilfitri, penyanyi Didi Astillah ada memuat naik video pendek yang merakamkan kakaknya, Bella Astillah yang dilihat menitiskan air mata.
Menerusi video tersebut, Bella Astillah dilihat membetulkan kedudukan bulu mata palsu dalam keadaan seakan-akan sedang menangis.
Namun apa yang melucukan, bulu mata yang dipakai tertanggal secara tiba-tiba pula.
Ads
“Video ni sebagai peringatan kepada kakak2 atau aunty2 yang pakai bulu mata palsu di hari raya tu hati-hati elakkan bergaduh dengan pasangan nanti tak pasal2 tercabut bulu mata pelesu uollssssss 🤣tak gitu kaklong ? @bellaastillah.
“p/s : mata kaklong pedih actually sebab contact lens dia,” tulisnya.
Pelakon dan hos, Jimmy Shanley ada berkongsi foto throwback perkahwinannya bersama isteri, Mariam Jamilah Abdul Jalil bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, hari ini.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya nyata membuatkan para peminat dan rakan terkejut kerana ‘terkena’.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja kami menjadi suami isteri yang sah, hari ni 7 Jun 2019 ulangtahun ke 5 kami, so far super good.
“Jarang share gambar berdua dan yang pasti wife takkan tinggalkan komen kat ruangan bawah tu kut sebab duk serumah. Anything dia hanya cakap face to face je,” tulis Jimmy.
Terdahulu, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Saleh mendirikan rumah tangga bersama Mariam pada 7 Jun 2014 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley.
Foto: Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.
Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat menerusi Instagram Jun lalu, ia bagaimanapun sudah jelas bagi menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.
“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.
Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.
Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.