Tidak dinafikan, era kini segalanya memerlukan wang ringgit dan ianya sangat penting bagi semua orang.
Bagaimanapun, bagi penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan wang bukanlah segalanya dan tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan wang ringgit.
Selain itu, penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberi nasihat kepada peminatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Ads
“Nombor dimulakan dgn 1 tapi tak tahu berakhirnya dimana. Sama juga dgn duit selagi kita mencari pengakhir bagi masaalah duit maka kita tak akan pernah jumpa.
“Jadi bersyukurlah dgn setiap apa yg kita miliki.InsyaAllah semua akan dicukupkan oleh Allah swt,” tulisnya.
Pelakon Sarah Hildebrand akui rindu untuk bertemu dengan bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.
Malah, pemilik nama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand berharap agar wabak pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
“Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
“Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
“Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan,” tulisnya sambil disertakan foto bersama bapanya.
Sarah,30, turut mendoakan agar urusannya untuk bertemu bapa dipermudahkan kelak.
“Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
“Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar impiannya untuk pulang bertemu bapanya yang menetap di Amerika Syarikat tercapai.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar urusan kedua beranak ini dipermudahkan.
Difahamkan, ibu bapa Sarah dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun.
Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga dengam lelaki kacukan Filipina-Amerika pada 3 November 2019.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ruhainies genap berusia 28 tahun ini. Bagaimanapun, sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini meraih perhatian ramai gara-gara kek yang dipersembah bagi meraikan ‘baby girl’.
Apa pun, bintang Jejak Karmila ini kekal positif dan terima perhargaan dari semua seadanya.
Istimewa kal ini, MH bariskan juga lagi sembilan selebriti yang sebenarnya seusia dengan Ruhainies yang dilahirkan pada tahun 1992.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka.
Malah ada di antaranya sudah pun berkeluarga atau sedang menantikan cahaya pertama. Jom ketahui siapa mereka!
Kisah rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah yang telah berakhir bersama suaminya, Alif Adha Jamil pada Mei lalu mendapat perhatian meluas daripada peminat.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Sakinah yang kini melalui fasa penceraian ada menitipkan kata buat para pengikutnya di Instagram.
Jelas adik kepada Sharifah Shahirah ini, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat yang memberikan semangat.
Juga, dia kini memilih untuk fokus terhadap kerjaya seni.
“Saya mungkin diam dan tidak memberi reaksi terhadap mesej yang diterima. Terima kasih untuk mereka yang menyokong dan kepada mereka yang menghina. Ingat anda semua mempunyai keluarga juga.
“Saya tidak akan menjadikan bahagian hidup yang ini sebagai drama, saya tidak akan menghuraikan dan ingin menumpukan perhatian pada kerjaya saya.
“Sekiranya sesiapa yang mempunyaimasalah dengan apa pilihan saya dalam hidup, pakaian yang dipakai, atau tindakan saya anda boleh ‘unfollow’ ruangan ini.
“Jangan ragu untuk memberi komen, cuba jangan saling bertengkar, kita semua mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan hari ini. #penggoda #pendosa,” tulisnya.
KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.