Umum mengetahui, bekas ratu cantik negara, Dr. Soo Wincci antara selebriti bukan muslim yang turut sama menjalani rutin berpuasa sepanjang Ramadan.

Menurut Dr. Soo, dia sebenarnya telah pun mengamalkan rutin tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Terbaru, Dr. Soo yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Sepanyol ada berkongsi kisah mengenai suasana menyambut Ramadan di negara orang.

Katanya, semalam, dia terpaksa membuka puasanya m pada jam 12 malam gara-gara ada berlakunya salah faham bersama orang tempatan.

“Hari ini buka 12 malam. Sebab semalam berlakunya satu perselisihan faham dengan orang tempatan.

IKLAN

“Mungkin banyak yang kena ku sabar
dan kebanyakan di Spain masih tak faham tentang puasa. Kadang-kala susah nak terangkan dalam masa yang singkat,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh bekas Ratu Cantik Negara 2018 itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.

Berselisih Faham Dengan Orang Tempatan Di Sepanyol, Dr. Soo Wincci Terpaksa Buka Puasa Jam 12 Malam Berselisih Faham Dengan Orang Tempatan Di Sepanyol, Dr. Soo Wincci Terpaksa Buka Puasa Jam 12 Malam Berselisih Faham Dengan Orang Tempatan Di Sepanyol, Dr. Soo Wincci Terpaksa Buka Puasa Jam 12 Malam

IKLAN

Dr. Soo turut menambah, Ramadan pada tahun ini banyak mengajarnya erti kesabaran dan mendalami perasaan-perasaan anak-anak perantauan yang terpaksa berpuasa di negeri orang.

“Jadi ku tunggu semua tidur barulah
ku pergi masak dan buka. Sabar, satu dugaan buat ku untuk puasa ku yang tahun 10 😉

“Sekarang ku betol faham perasaan semua umat Islam yg puasa Kat negara orang lain , amiin,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut memberikan kata-kata semangat buat Dr. Soo.

“Such an inspiration. You’re amazing doktor,” komen seorang individu.

“Dugaan semua tu, keep strong,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Ujian dan dugaan untuk orang berpuasa,” katanya seorang individu.

Sumber: Instagram Dr. Soo Wincci

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI