Awal semalam, pelakon Abby Abadi ada berkongsi mengenai perkembangan anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal menerusi Instagram.

Sudah pun mencecah usia 47 hari, Abby turut memanjatkan rasa syukur apabila anaknya yang sinonim dipanggil Baby D kekal bertahan berkat doa ramai.

“13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan. Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik.

“Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke?

IKLAN

“Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit, Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis,” maklum Abby.

Pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut memberitahu anaknya itu masih minum susu dengan menggunakan tiub khas dan beraqt badannya juga kini kian bertambah.

“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram.

IKLAN

“Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . 13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan 🥰 . Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik. Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke? 🙊🥰 . Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit: Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis. Juga masih.. minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma… beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram 🥰 . Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan 🥰 . 🌸Allahumma inni as aluka al-'afiyah*. (Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah). . Apa makna 'Afiyah..??? . 'Afiyah bermaksud : "Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa". . 👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah. . 👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah . 👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dlm 'afiyah. . 👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dlm 'afiyah. . 👉Dan jika kita sudah diampuni &tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah. . Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud : "Ya ALLAH, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".Ini termasuk utk di dunia & di akhirat. . Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia dtg kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata : . "Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar." . Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik." ❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

IKLAN

Terdahulu, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan. Dia terpaksa melahirkan Baby D dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Sementara itu pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI