Wah tahniah MH ucapkan buat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila kerana tidak lama lagi mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Nabila menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤??? #somethingsweetisbaking,” tulis Nabila pada ruang kapsyen.
Rata-rata pengikutnya telah membanjiri ruang komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata doa yang baik-baik buat Nabila dan bayi dalam kandungan.
MH juga mendoakan agar segala urusan sepanjang kehamilan dipermudahkan dan ibu serta bayi dalam kandungan sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Wah tak sabar pula MH nak tengok baby Nabila dan Sharnaaz, mesti comel!
Sumber: Instagram Noor Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI