Satu perkongsian daripada penyanyi Datin Alyah mencuri perhatian peminat apabila gurauan spontan yang dirakam bersama suami membuatkan ramai terhibur.
Menerusi video yang dihasilkan menerusi TikTok dan dikongsikan kembali menerusi Instagram itu, Alyah sedang berjalan sambil mengenakan persalinan kaftan hijau dari jenamanya, Labeesa.
Bagaimanapun, ‘catwalk’ Alyah terhenti kerana suaminya, Datuk Ramli MS tiba-tiba pulang.
“Kau tengah best beat buat project @labeesahq tiktok kau. Skali Tuan besar balik dah. Kau terpaksalah berlakon gelak-gelak manjah gituew. Sib baik dia puji baju lawo hehehe,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pelawak dan usahawan, Shuib mengakui emosinya masih belum pulih sepenuhnya selain sukar mengawal perasaan setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang pergi mengadap Illahi pada 9 Ogos lalu.
Menurut Shuib, sejak pemergian isteri, emosi menjadi antara perkara yang paling sukar dirawat meski Allahyarham sudah pergi lebih dua bulan lalu.
“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka stabil tapi saya berbeza.
“Ketika hayatnya, saya buat hampir semua benda dengan Sarah. Saya banyak kongsi hal kerjaya dan juga perniagaan dengannya. Contohnya kalau ada masalah dalam perniagaan atau peribadi, saya rujuk dengan dia dan begitu juga sebaliknya.
“Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa. Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang walaupun dengan mak atau mentua saya.
“Apa yang mampu saya lakukan untuk mengawal emosi saya adalah dengan pergi ke kubur dan berkongsi dengannya,” katanya.
Jelasnya lagi, dia akan menziarahi kubur isterinya setiap Isnin dan Jumaat untuk berkongsi setiap apa yang terbuku di dalam hati selain masih berehat panjang.
“Setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu untuk memeriksa kesihatan saya. Lebih kurang pakar psikiatri bagi memantau keadaan kesihatan mental saya.
“Ini kerana kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita. Namun, saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik untuk bantu menjaga anak-anak saya.
“Alhamdulillah sekarang ini kami juga buat apa yang kami tak pernah buat sebelum ini seperti mengaji al-Quran setiap malam dan solat berjemaah.
“Jadi perkara seperti itulah yang sangat membantu kesihatan mental saya,” katanya lagi yang turut berkongsi perkembangan anak bongsu, Ayash Affan.
“Ayash adalah anak yang sangat luar biasa. Saya tiada masalah langsung kerana mudah jaga, tak banyak merengek dan bayi yang sangat baik.
“Alhamdulillah, dia juga menunjukkan perkembangan kesihatan yang sangat baik. Dia dilahirkan seberat 1.8 kilogram (kg) dan kemudian saya ambil dia ketika beratnya 2.6 kg dan kini beratnya sudah 4.1 kg,” katanya.
Untuk rekod, Ayash dilahirkan pada 6 Ogos lalu melalui pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu tiga hari sebelum arwah Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19.
Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos lalu.
Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash, 2 ulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Desas-desus membabitkan pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dikatakan telah menamatkan zaman dudanya mendapat perhatian ramai selepas ada memuat naik sekeping foto lengkap mengenakan baju melayu di akaun Instagram.
Dalam pada itu, rakan pelakon Yana Samsudin turut dilihat ada menitipkan ucapan tahniah kepada Fizo serta pelakon Kamal Adli yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Di samping memuat naik sekeping foto bersama dua jejaka tampan itu, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin ada menitipkan kata semangat buat yang masih bujang dan belum bertemu jodoh.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap kepada semua yang masih berstatus bujang untuk tabah dan terus berdoa supaya cepat dipertemukan jodoh.
“Buat yang masih single bertabahlahh… mungkin jodoh sebelah rumah takpun orang lain tengah jaga dulu… huhu gurau sajer.
“Tahniah abe joe dah settle semalam tahniah juga buat Kamal bakal berlangsung nanti Aku doakan korang bahagia till jannah insyaAllah
“Yang single tu yana doakan korang cepat bertemu jodoh yang baik… insyaAllah cepat aminkan… (semua aminkan kecuali suami hakak),” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, pihak kerajaan kinj kembali memberi kebenaran kepada orang ramai yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.
Lalu, penyanyi dan penyampai radio Haiza yang turut sama teruja menitipkan pesanan buat semua agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Dag Dig Dug ini beri pesan demikian sebagai langkah mengekang penularan Covid-19 dengan menyarankan untuk sentiasa melakukan kawalan kendiri.
“Tersengeh lebor bila dapat rentas negeri. Hanya nak ingatkan jangan lupa diri, disiplin diri penting.
“Mungkin senyum boleh bertukar masam kalau tak jaga S.O.P. Kita boleh guys. KAWALAN KENDIRI BAGI EXTRAAAAAAA ok.
“Esok share tau dengan Haiza, keterujaan anda nak rentas negeri. Thank you PM @ismailsabri60,” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.