Pelawak dan usahawan, Shuib menepis khabar angin mendakwa ada selebriti yang cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Akui terkejut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia juga tidak tahu siapakah wanita yang cuba mendekati dirinya dengan lebih dekat sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.

“Saya tak tahu langsung… siapa ya? Allahuakhbar, saya tidak tahu. Sekarang ni, memang tiada mana-mana perempuan yang cuba mendekati saya,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di Putrajaya pada Jumaat.

Shuib bagaimanapun menjelaskan, dia masih tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa sekarang  dan buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.

IKLAN

“Soal jodoh saya tak berani nak cakap banyak, tentulah percaturan Allah SWT paling tepat. Saya tak akan tolak jodoh. Apa yang Allah berikan itu yang terbaik.

“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Tetapi, saya serahkan pada Allah SWT tentang masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.

IKLAN

“Namun jika ditanya untuk masa sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang akan datang apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya jujur.

Sementara itu, Shuib turut akui sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang selepas ini, dia enggan wanita yang mempunyai persamaan dengan Allahyarham isteri.

IKLAN

“Sarah ada dalam kelasnya tersendiri. Lagipun, terpulang pada anak-anak. Kalau mereka suka, mungkin akan diteruskan.

“Jika mereka tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang,” jelas Shuib yang turut bersetuju bahawa anak-anaknya yang kini sedang membesar perlukan kasih sayang seorang ibu.

Shuib dan arwah isterinya, mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Mereka kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI