
Penyanyi Datin Alyah ada memberikan kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ramli MS.
Diraikan dalam sesi sederhana, penyanyi lagu Cintaiku itu dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan terdekat.
Momen tersebut dikongsikan Alyah di dalam rakaman sepotong video pendek beserta kapsyen lucu di Instagram.
“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa. Berembut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa.
“Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa. Selamat ulang tahun @tokram_ramlims,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama buat juri tetap program Gegar Vaganza itu.
Tidak kurang yang turut mendoakan agar bahtera perkahwinan mereka terus kekal hingga ke jannah.
Pada masa sama, Datuk Ramli yang sinonim disapa Tok Ram turut berkongsi video kandid sama di posting terkininya di Instagram.
Untuk pengetahuan, Aqil ialah anak saudara kepada pasangan berkenaan dan sering isi masa bersama mereka sejak kecil lagi.
Untuk rekod, Datuk Ramli dan Datin Alyah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Pernah Berangan Nak Jadi Pembaca Berita, Jadi Christine Ling Dalam Kelas,”- Itu Angan Misha Omar, Not Bad!

‘Pernah berangan nak jadi pembaca berita’. Itu angan-angan penyanyi Misha Omar ketika kecil.
Lantas, Misha atau mesra disapa Kak Mitch ada memuat naik video di Instagramnya sebentar tadi.
“Dulu Masa kecik2 pernah juga berangan nak jadi pembaca berita. Kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apalagi… kau berangan la jadi Christine Ling dalam kelas.. hahahahhaa!!
Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila itu diundang sebagai tetamu jemputan bagi slot Komuniti Awani menerusi program berita Awani di saluran 501.
“Terima kasih @501awani di atas undangan ini. Sesungguhnya kak Mitch sgt berbesar hati. The whole team produksi buat kak Mitch rasa tak kekok..rasa mcm nak hantar resume je mintak keje kat situ..hahahahha!!! Thank you
@fida_korina , @hamztravels & @ashwadismail guide kak Mitch dari depan kamera sampai la bilik voice over… nikmatilah berita komuniti awani dari saya, Misha Omar.. Salam hormat … #komunitiawani,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Misha Omar (@mishaomar) on
Malah, Misha yang tampil berambut pendek dan blazer berwarna biru tua kelihatan tenang dan bersahaja ketika ‘beraksi’ di depan lensa kamera.
Bukan itu sahaja, program tersebut turut menampilkan selebriti lain seperti Adibah Noor, Alif Satar dan Nora Danish sebagai penyampai berita yang bersaiaran di saluran Astro 501 jam 8:15 malam.
Foto : Instagram Misha Omar/ Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudah Berhenti Berlakon & Menyanyi, Fatin Afeefa Hormat Permintaan Suami

Selepas lama tidak muncul di kaca tv, pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya kini sebenarnya sudah pun meninggal dunia seni.
Menurut Fatin, perkara tersebut merupakan pemintaan suaminya yang juga merupakan usahawan, Aliff Awang selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2022.
“Selepas berkahwin, saya hormati permintaan suami. Dia tanya saya, boleh ke saya berhenti menyanyi dan berlakon? Saya bersetuju kerana saya sayangkan dia.
“Cuma saya minta kelonggaran sedikit untuk berkerja dan menerima kempen di media sosial. Lagipun saya sudah biasa bekerja.
“Bila terlibat dengan kempen di media sosial, boleh juga saya berjumpa dengan rakan-rakan artis dan pihak media sekali sekala,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Tentang Bulan itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis pelancaran produk kecantikan jenama L.SOULLE, baru-baru ini.
Katanya lagi, antara faktor suaminya meminta dia berhenti berlakon adalah untuk menjaga aurat dan batas pergaulan.
“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, saya tidak akan menyanyi dan berlakon lagi. Saya kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik.
“Kata suami, bila menyanyi, suara itu aurat. Bila berlakon pula, pergaulan berlaku secara bebas. Bila difikir-fikirkan semula, ada betulnya juga.
“Ketika saya aktif berlakon dahulu, kita bebas bergaul tak kira sama ada mereka isteri atau suami orang.
“Saya tak mahu lagi berada di posisi itu lagi. Fokus saya ketika ini adalah keluarga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fatin turut memaklumkan dia dan suami kini sedang berusaha menjadi muslim yang lebih baik agar menjadi contoh yang teladan buat anak-anak.
“Nak kata kami sepenuhnya berubah pun takut juga. Iman kita ini naik turun dan kami berusaha menjadi muslim yang lebih baik. Saya dan suami pun sudah meninggalkan perkara-perkara haram dan tidak elok.
“Saya bagitahu suami, bila kita nak didik anak-anak, kita kena menjadi manusia yang lebih baik kerana mereka melihat kita sebagai teladan.
“Kalau anak tengok kita buat perkara tak elok, nanti mereka akan ikut dan kita tak boleh salahkan mereka. Kita kena menjadi contoh terbaik supaya kita menjadi idola mereka,” ulasnya lagi.
Fatin menambah, kehidupannya kini juga jauh lebih tenang dan dia juga merasa beruntung kerana dikurniakan suami yang menitik beratkan soal agama.
“Kehidupan saya kini sangat tenang dan rasa lebih baik. Saya pun masih dalam proses pembelajaran. Pada awalnya, saya pun tak tahu nak pakai tudung macam mana.
“Agak susah juga mencari style yang sesuai dan sopan. Kelas agama saya adalah dengan suami saya. Selepas solat, dia akan membacakan hadis. Kami belajar sama-sama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Boleh Berada Di Zon Selesa, Mereka Perlu Lebih Fokus Buat Homework,” – Berlakon Dengan Pelakon Baru, Ini Pesan Redza Rosli

Pelakon Redza Rosli terbuka untuk digandingkan bersama mana-mana pelakon baik yang telah lama atau yang masih baru.
Baginya, dia lebih senang untuk mencuba perkara baru selain mahu keluar dari zon selesa.
Redza, 29, menambah setiap pelakon baru perlu berdepan dengan proses untuk matangkan diri dalam lakonan, sebagaimana situasi yang dihadapinya sebelum ini.
“Kadang-kadang saya tidak boleh juga berada di dalam zon selesa apabila digandingkan dengan pelakon sudah ‘established’.
“Kalau sebelum ini saya memang banyak kerjasama dengan pelakon lama, jadi mengapa tidak untuk cuba berlakon dengan mereka yang baru jadi pelakon berbanding saya.
“Mungkin daripada situ, penonton mahu melihat kelainan. Saya okay cuma saya faham bila bergandingan dengan pelakon baru. Saya pun bermula dengan ‘kosong’. Itu ialah proses pembelajaran,” katanya kepada MH.
Mendukung watak sebagai Mustaqim menerusi drama Tak Sempurna Mencintaimu yang kini bersiaran menerusi slot Akasia di TV3, Redza pada masa sama turut mengharapkan agar mereka yang masih lagi ‘hijau’ dalam industri supaya rajin belajar dan usaha.
“Jujurnya, pelakon baru yang terlibat di dalam produksi Tak Sempurna Mencintaimu ini tahu kerja masing-masing.
“Mereka rajin dan mahu belajar dan itulah yang sebaiknya. Teguran pun bukanlah kita nak pentingkan diri tetapi ia lebih kepada kongsikan ilmu.
“Saya tidaklah terlalu lama dalam industri, tapi pengalaman yang ada itu tak salah untuk berkongsi.
“Untuk hidupkan satu babak mungkin agak sukar bila digandingan dengan pelakon baru. Macam saya, malam sebelum shooting saya sudah sedia dengan babak apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Jadi bila set, saya hanya tanya babak apa sebab saya susah hafal.
“Jadi buat pelakon baru bagi saya mereka perlu lebih fokus kepada ‘homework’. Bagi saya semua orang boleh berlakon atau lontarkan dialog, tapi bukan semua yang boleh ‘rasa jiwa’ itu,” katanya lagi.
Foto: Instagram Redza Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI