Ketika usia kandungannya sudah pun memasuki minggu ke 31, penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu mengalami sedikit masalah.

Ini kerana, menurut doktor, kedua-dua bayi yang dikandung tidak mempunyai saiz yang seimbang.

Malah Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan menerusi Instagram menjelaskan, doktor turut ikhtiar sebaiknya kerana jika tidak, ia boleh mengakibatkan kelahiran bayi secara pramatang.

“Now dah 31 weeks pregnant. Tadi Ainan pergi checkup, doc cakap salah satu baby twins tu kecik sikit. Sorang baru 1.1kg. Sorang lagi 1.5kg dah.

“Risau terbersalin awal tu yg doc suruh cucuk dexa. Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu.

IKLAN

“Esok kena cucuk lagi untuk 2nd dose. Dexa tu bertujuan untuk matangkan paru2 baby incase baby terbersalin awal. Sebab kandungan twins berisiko tinggi untuk lahir pramatang,” jelasnya.

“Doktor Cakap Salah Satu Bayi Kembar Kecil Sikit. Seorang Baru 1.1Kg, Seorang Lagi 1.5Kg,” – Ainan Tasneem Risau Bersalin Awal, Mahu Positif

Jelasnya lagi, jika keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan, dia berkemungkinan akan barsalin awal daripada jangkaan.

IKLAN

Dia bagaimanapun cuba untuk mengambil sikap positif terhadap apa yang berlaku.

“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat baby tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang Ainan kena bersalin awal je.

IKLAN

“Allah.. Ainan tak ready lagi. Tak boleh imagine baby masuk NICU & kena berpantang tanpa baby disisi.

“Sekarang nak keep on positive je. Hopefully baby membesar dgn baik dalam perut & dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa dari kalian semua ya,” tulisnya.

Kini sudah pun memiliki seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela yang dilahirkan Mac 2018, Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2017 lalu.

Foto: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI