Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.
Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.
Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.
Ads
Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.
“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.
Penyanyi, Nubhan meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan segelintir pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana telah ditamatkan kontrak.
Menurut Nubhan, dia menyerahkan seratus peratus kepercayaan kepada isterinya itu untuk menentukan apa sahaja mengenai masa depan kerjayanya dan dia telah pun memutuskan untuk menjadi suri rumah.
“Amboi, sedap mulutnya cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran permanant dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.
“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Takpelah, pendapat orang macam-macam.
“Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan? Sebab kita bukan tuhan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bersama entri berkenaan, Nubhan turut dilihat menyertakan surat tawaran isterinya yang diserap untuk bekerja secara tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 bermula Jun yang lalu.
Jelas Nubhan lagi, dia enggan untuk mengambil peduli kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir pihak kerana percaya dengan segala rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit ko aku nak kikis. Dia sebaik perancang, dia juga menentukan rezeki kita masing-masing.
“Ramai yang tau tapi mngkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.
“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana jugek. Tapi macam mana yang takda ilmu dan takda adab eh? Boleh sesiapa tolong jawabkan? I is konpius ni,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Nubhan dan juga isterinya.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.
Sumber: Instagram Nubhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari mengumumkan dirinya telah pun mengundurkan diri daripada pentas program realiti nyanyi terbesar Indonesia, Indonesian Idol.
Menurut Bunga, keputusan sukar tersebut dibuat bagi memberi ruang buat dirinya untuk membina semula kekuatan di dalam diri selepas kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Taking my time. Building my strength. Wishing everyone best of luck. @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso @jud1ka @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21
“Selamat melahirkan Idola baru untuk Indonesia,” tulisnya.
Perkara sama turut diumumkan oleh hos program tersebut, Daniel Matanta setelah hampir sepuluh tahun mengendalikan program popular berkenaan.
Menurut Daniel, meskipun ia merupakan keputusan yang berat, namun dia menyifatkan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
“To my beloved Indonesian Idol, ada pertemuan pasti ada perpisahan, sayangnya perpisahan jadi sangat berat kalau rasa sayang itu sudah teramat dalam.
“Sedalam apapun rasa sayang yang kita punya, tidak membuat kita bisa terus memiliki.
“Suatu saat kita harus bisa rela melepaskannya, karena apa dan siapapun yang kita cintai hanya bisa kita punyai, namun tak bisa kita miliki. Semua kepunyaan kita hanyalah milik Tuhan,” kongsinya.
Pengumuman tersebut dibuat oleh kedua-dua figura hebat negara seberang itu menerusi akaun Instagram milik mereka.
Difahamkan, posisi yang ditinggalkan oleh Danial bakal digantikan dengan seorang lagi pengacara berbakat iaitu Boy William.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat kedua-dua artis yang sudah pun sinomim dengan program tersebut.
Terdahulu, program Indonesian Idol bakal memasuki edisi terbaru selain turut mengekalkan barisan juri seperti Maia Estianty, Ari Lasso, Judika, Anang dan Rossa.
Sumber: Instagram BCL & Daniel Mananta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir dua bulan cuti bersalin, akhirnya pengacara, Anim Ezati Rizki kembali memulakan tugasnya mengacarakan program, Malaysia Hari Ini.
Menurut Anim, dia mengakui perasaannya pada kali ini sedikit berbeza kerana semenjak bergelar ibu, dia merasakan seperti mahu cepat pulang ke rumah untuk sentiasa berada dekat dengan anak sulungnya itu.
“Kembali bersiaran setelah dua bulan cuti. Lain eh perasaan dia. Rasa nak balik aje. Haha! Balik-balik Khalsom tidur je punnnn.
“Bukan boleh berbual dengan kita pun. Tapi masih nak balik awal, nak tengok muka dia pun jadi. Mak-mak memang macam tu eh?
“Terima kasih semua yang ucap kembali bekerja buat saya. Masih kekok lah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Anim turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan selamat kembali kepada Anim.
Terdahulu, Anim telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Yara Alanna Khalsom pada tanggal 9 September lalu.
Anim mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram Anim Ezati Rizki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.