Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine sekali lagi menjadi buah mulut ramai di media sosial apabila tampil mendedahkan paparan skrin yang didakwa perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Mendedahkan perkara itu menerusi Insta Stories, tertera perbualan di antara antara NRF dan Aliff Aziz sebagaimana yang didakwa.
Malah kedua-duanya dilihat saling memanggil dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ selain ucapan romantis seperti ‘I love you’.
Malah menerusi perbualan yang didedahkan Sarah juga, ia antara lain turut mempunyai nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ yang seolah-olah mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja akan mempercayai kisah ibu kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, pendedahan seorang wanita yang didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine itu yang meluahkan rasa kecewa kerana dikatakan telah dicurangi Aliff mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.
Sementara itu, Bella yang temui pada Rabu memaklumkan kepada media dirinya sudah berjumpa Sarah Yasmine dan mendakwa dia ialah antara salah seorang 11 individu yang pernah Aliff Aziz curangi.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Aliff Aziz mahupun Ruhainies susulan pendedahan yang dilakukan Sarah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Itu Zaman Remaja, Kami Mentah…,” – Hikmah Kejadian Lalu, Nora Danish & Fasha Sandha Jumpa Lelaki Tepat
Pelakon, Nora Danish akui gembira apabila dapat bekerjasama dengan aktres, Fasha Sandha untuk sama-sama menjadi duta bagi syarikat produk kecantikkan, Inayah Beuty.
Menurut Nora, dia kini sudah pun melupakan segala persengketaan melibatkan bekas suami yang pernah berlaku satu ketika dahulu.
“Saya merasakan segalanya ada hikmah. Allah sebaik-baik perancang. Saya dan Fasha memang jarang berjumpa tapi Inayah mempertemukan kita kembali.
“Saya sayang antara satu sama lain. Kita lupakan apa yang berlaku dahulu. Itu semua tidak penting lagi.
“Yang penting kita ada anak sama-sama. Anak kami merupakan adik beradik. Jadi, kami ini merupakan keluarga,” katanya kepada MH.
Nora berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk Gattox yang berlangsung di I Space, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, Fasha turut melihat kerjasama ini sebagai satu tanda positif untuk mengiratkan lagi hubungannya bersama Nora.
“Kami sudah lama berbaik. Itu merupakan zaman remaja kami. Masing-masing masih mentah dah panas. Kami bersyukur kerana pengalaman itu, masing-masing berjumpa dengan lelaki yang tepat.
“Kalau bukan kerana kejadian lalu, kita tidak akan bertemu dengan cinta hati ketika ini,” kata Fasha.
Pada masa sama, Nora menyifatkan kejadian masa lalu telah pun mematang dirinya sebagai seorang manusia.
“Apa yang jadi kepada kami dahulu, membuatkan kami berfikir lebih matang dan rasional. Kalau hal itu tidak berlaku, macam mana kita nak jadi lebih baik,” ujarnya.
Ditanya bagaimana titik permulaam mereka mula berbaik, Fasha menyifatkan segalanya berlaku dengan ikhlas dan semula jadi.
“Ia berlaku secara natural. Tak boleh disuruh-suruh. Tak boleh orang yang rancangkan atau nasihat. Kami berdua sudah matang.
“Bila pertama kali berjumpa, saya tak rasa janggal. Bila saya jumpa Fasha, saya nampak kejujuran itu. Mungkin dia juga nampak kejujuran saya. Kami tak fake.
“Awkward moment itu memang tiada,” akhirinya.
Terdahulu, Nora dan seorang lagi pelakon, Elisya Sanda telah diumumkan sebagai duta bagi produk terbaharu keluaran Inayah Beuty iaitu Gettox.
Gattox adalah minuman campuran berperisa Apple Cider yang membantu membakar lemak degil dan juga mendapat menyelesaikan masalah kulit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasihan Dewi Remaja 2022 ‘Face Shaming’, Fikry Ibrahim; “Saya Tak Cakap Semua Peserta Ini Sempurna. Tapi…”
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kecaman berbentuk ‘face shaming’ diberikan netizen terhadap peserta Dewi Remaja bagi edisi 2022.
Selaku hos program tersebut, pelakon Fikry Ibrahim, 28, berharap orang ramai di luar sana lebih berhati-hati dalam memberikan komen agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya tak cakap pun semua peserta Dewi Remaja ini sempurna. Tapi apa yang boleh saya kata di sini ialah mereka manusia biasa, kekurangan mereka mungkin jadi kesempurnaan pada orang lain.
“Saya pernah tengok mereka berdepan dan bila saya tengok balik gambar itu angle main peranan sebenarnya.
“Saya okay untuk orang bagi pandangan agar ia membina kita menjadi lebih baik tapi kurang enaknya bila hentaman menghina… awak menghina ciptaan Allah.
“Kalau sampai muka pun nak komen yang tidak baik, awak siapa nak cakap (macam itu). Tak wajarlah bagi saya kalau mereka nak cakap macam itu,” katanya kepada MH.
Menurut Fikry lagi, seharusnya netizen perlu lebih berhemah dalam memberikan komen walaupun berhak untuk menulis apa sahaja dalam media sosial.
“Kalau nak beri sesuatu komen itu biarlah berhemah dan ada batas. Kalau nak mengekspres diri kita, kita kena faham apa itu freedom of speech.
“Freedom of speech itu bukanlah sampai untuk menyakitkan hati orang,” katanya lagi.
Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam.
Finalis Dewi Remaja 1994/95, pelakon popular Rozita Che Wan pula berperanan sebagai juri tetap program tersebut.
Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fikry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“20 Lagu Dalam 8 Tahun, Orang Masih Tak Kenal,” – Ernie Zakri Pernah Nekad Nak Berhenti Menyanyi
Penyanyi, Ernie Zakri enggan lagi meratapi segala jerih perih dan kepayahan yang terpaksa dilaluinya sewaktu diawal kemunculannya didalam industri seni tanah air.
Menurut Ernie, kejayaan menerbitkan album kedua yang berjudul ‘Aura’ terhasil daripada kematangan dan semangat juang untuk terus meletakkan namanya sebaris penyanyi-penyanyi hebat di negara ini.
“Saya mulakan kerjaya pada tahun 2009 dan album pertama saya dihasilkan pada 2011. Sepanjang 13 tahun itu, amat sukar untuk menjadi seorang Ernie Zakri. Sakit perihnya ada.
“Saya bukan nak meratapi nasib cuma saya gunakan semua emosi itu untuk dibawa di dalam album ini. Saya pernah menagih agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi pradengar album Aura bersama pihak media yang berlangsung di Maveriq Studio, Petaling Jaya pada Selasa.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia juga pernah terdetik untuk berhenti menyanyi selapas segala usaha untuk terus kekal berada di dalam industri seni seakan gagal.
“Saya pernah berada di satu titik terendah di dalam hidup di mana saya nekad untuk berhenti menyanyi. Itu adalah keputusan yang sangat muktamad. Kalau boleh, saya tak mahu lagi berada di atas pentas.
“Ketika itu, saya sudah berada di dalam industri hampir lapan tahun dan sudah pun menghasilkan hampir 20 buah lagu. Namun, orang ramai masih belum menerima saya lagi.
“Diri saya dipenuhi dengan perasaan marah dan tidak boleh menerima keadaan tersebut. Saya jadi hilang percaya selain menyifatkan diri sendiri tidak cukup bagus dan tak layak nak berada di dalam industri,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Ernie tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sentiasa memberikan sokongan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.
“Saya bersyukur sangat pada ketika itu saya mempunyai ibu saya yang sentiasa memberikan semangat dan meninta saya untuk tidak berhenti menyanyi.
“Dia mahu saya terus mengejar impian dan minat saya. Pada akhirnya nanti, segalanya merupakan soal rezeki.
“Bila teringat balik perkara tersebut, saya gembira kerana mendengar cakap ibu. Kalau tidak, mungkin saya tidak akan berada di sini bersama kalian,” katanya lagi.
Terdahalu, album Aura ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Masing-Masing, Terima Seadanya dan Jangan Hilang Percaya.
Album ini dijadualkan bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan November.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI