Impian penyanyi dan komposer Ajai untuk bekerjasama dengan idolanya, Datuk Awie menjadi kenyataan menerusi lagu runut bunyi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak berjudul Cerita Rindu.
Lebih bermakna, ia juga buat julung kali Ajai bekerjasama dengan vokalis Kumpulan Wings itu menerusi lagu runut bunyi.
Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas, 50, dia berasa sangat teruja bila diberi kepercayaan menerbitkan lagu Cerita Rindu dendangan Awie untuk filem bergenre aksi itu.
“Saya dibesarkan dengan lagu dendangan Awie sejak zaman bersama Kumpulan Exists lagi.
“Saya pernah bertemu dengan Awie ketika masih di bangku sekolah dan menyimpan impian agar kami dapat bekerjasama suatu masa nanti,” katanya yang menjejakkan kaki dalam industri muzik sejak berusia 14 tahun.
Mengenai lagu Cerita Rindu, kata Ajai, ia memiliki kelainan daripada lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini.
“Sebagai mana yang kita tahu, lagu Awie cukup sinonim dengan sentuhan Datuk M Nasir dan JS Kevin sejak dulu.
“Kali ini, ia berlainan sikit dengan sentuhan daripada saya dari segi ‘phrasing’ pernafasan, tapi masih lagi meletakkan citarasa Awie,” katanya.
Ditanya dari segi suara, kata Ajai, vokal Awie masih kekal pada lagu Cerita Rindu dan perubahan hanya pada sentuhannya selaku penerbit.
Ads
“Setiap penerbit ada cara berbeza untuk menerbitkan lagu setiap artis kerana setiap lagu mempunyai pernafasannya tersendiri.
“Apa yang penting, lagu ini tidak ‘stereotype’ dan sama seperti yang pernah dihasilkan penerbit lain sebelum ini,” katanya.
Berkongsi proses rakaman, Ajai berkata, ia berlangsung di Studio Wake The Baby kira-kira tiga bulan lalu.
“Sebenarnya, proses perbincangan untuk menghasilkan lagu runut bunyi ini sahaja berlangsung selama setahun.
“Saya sudah dapat sinopsis lagu lebih awal, tapi proses rakaman mengambil masa kerana kesibukan masing-masing. Ini kerana Awie juga mengarahkan filem ini,” katanya.
Ads
Kata Ajai lagi, dia juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Awie sepanjang proses rakaman lagu kerana masing-masing berpengalaman luas dalam bidang muzik.
“Walaupun kami berbeza dari segi usia, tapi saya tidak berasa takut untuk beritahu perkara yang betul dengannya.
“Awie juga menerima pandangan saya dengan minda terbuka dan turut memberi cadangan apa yang dimahukannya. Kami bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
Kata Ajai lagi, proses rakaman lagu itu hanya mengambil tempoh selama dua hari untuk proses memasukkan vokal di studio.
“Selebihnya adalah kerja saya untuk proses ‘mixing’ dan sebagainya selama lima hari.
Ads
“Awie juga berpuas hati dengan hasilnya kerana sudah beri apa yang saya mahukan dan ini hasil terbaik daripadanya” katanya.
Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.
Naskhah pertama arahan Awie itu menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku watak utama. Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara pada hari ini, Khamis, 2 Mei 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Adik Muhammad Aming yang satu ketika dahulu pernah viral di media sosial menerusi sebuah video yang memaparkan celoteh lucunya mengenai pemakaian topeng muka dengan betul dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Muhammad Aming menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi Khamis, di kediamannya di Tawau, Sabah.
Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming, berusia 8 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Aming.
“Terima kasih untuk pesanan mu yang amat berharga. Sekarang bermainlah kamu di taman-taman Syurga nan indah.
“AL FATIHAH buat Almarhum adik Muhamad Aming Salleh Abdullah,” tulisnya.
Rasa sedih tersebut dizahirkan oleh Yatt menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu, Yatt turut dilihat menitipkan kata-kata pujian buat ibu bapa kepada Muhammad Aming kerana telah mendidiknya untuk menjadi seorang kanak-kanak yang sangat bijak.
“Semoga ibu dan ayahnya tabah. Tahniah kalian telah mendidik anak bijak lagi hebat ini dengan baik sekali. Berbanggalah, dia sekarang ahli Syurga yang sedang menanti kalian di sana,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham Muhammad Aming ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Cerdik sangat. Semoga syurga tempat mu Adik Aming. Al-Fatihah.
“Kecik lagi tapi dah pandai berpesan-pesan dan bagi amanat. Banyak pula tu.
“Bijak sungguh adik ni. Semoga sentiasa gembira di alam sana dik.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga keluarganya tabah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, berita pemergian Muhammad Aming turut mendapat reaksi daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi. pic.twitter.com/5zFZ6SxNLv
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada mengimbau momen ketika dia bersama rombongannya melancong ke luar negara, tidak lama dulu.
Tidak sah jika tidak membeli-belah di negara orang, usahawan selebriti ini turut meluahkan pandangan apabila mengenangkan situasi yang berlaku ketika ini.
“Masa ni swep jer duit sampai habis berjuta. Hidup ini ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah sbb tu kita kena beringat dan bila kita di atas kita kena ingat untuk menyimpan.
“Kalau di kenang kenangkan balik, apabila tengok video ni terasa macam abang sedikit membazir shopping x fikir apa2.
“Kalau abang tahu nak jadi macam covid ni mesti abang menyimpan. Maklumlah bila dah ada penyakit virus seperti ini semua bisnes terjejas,” tulisnya.
Aliff pada masa sama turut punya idea menjual barangan yang pernah dibeli bagi membantu golongan memerlukan pada saat krisis kini.
“Sekurang-kurangnya duit yang terlebih shopping ni bokeh juga abang salurkan bantuan kepada orang yg sedang kesusahan skrg ni.
“Jujurnya abang dah membantu. Tetapi abang rasa tidak puas sebab abang rasa seperti nak jual je barang barang yang abang beli ketika abang bercuti ni utk bantu org susah, patut ke abg jual?? utk bantu org bebtul susah,” tanya bapa kepada lima cahaya mata ini menerusi entri IG TV yang dimuat naik.
Terdahulu, Aliff menerusi media sosial ada berkongsi rakaman video sewaktu pihaknya membuat agihan derma kepada petugas hadapan baru-baru ini.
Foto: IG TV Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lama tidak muncul dengan sebarang naskhah terbaharu secara berkumpulan, De Fam tampil menyangkal dakwaan yang kononnya mereka bakal berpecah seterusnya membawa haluan masing-masing.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin menjelaskan, De Fam akan terus memeriahkan industri dan bakal tampil dengan kejutan istimewa, Oktober ini.
“Kami bersama sejak awal dan berjuang membawa muzik serta bakat kami. Insya-Allah kami tidak akan berpecah.
“Alhamdulillah kami memang teruja untuk kembali dan nantikan tidak lama saja lagi semua akan terjawab. Doakan dan teruslah sokong kami,” katanya kepada MH.
De Fam ditemui pada majlis Awesome TV Now You See Me Screening 2023 di Subang Jaya pada Selasa.
Sementara itu, Sophia Liana pula berkata, walaupun kelibat De Fam mungkin jarang kelihatan di kaca televisyen, namun mereka sebenarnya masih lagi aktif diundang untuk membuat persembahan majlis luar.
Kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls ini turut menambah, mereka akan sentiasa meletakkan keutamaan buat De Fam meski masing-masing terikat dengan kerjaya tersendiri.
“Kami tetap utamakan De Fam dan Alhamdulillah semua berjalan lancar. Macam De Fam, kami tubuh dan bentuk kumpulan ini sendiri.
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.