Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine sekali lagi menjadi buah mulut ramai di media sosial apabila tampil mendedahkan paparan skrin yang didakwa perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Mendedahkan perkara itu menerusi Insta Stories, tertera perbualan di antara antara NRF dan Aliff Aziz sebagaimana yang didakwa.
Malah kedua-duanya dilihat saling memanggil dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ selainucapan romantis seperti ‘I love you’.
Ads
Malah menerusi perbualan yang didedahkan Sarah juga, ia antara lain turut mempunyai nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ yang seolah-olah mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja akan mempercayai kisah ibu kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, pendedahan seorang wanita yang didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama Aliff Aziz bernama Sarah Yasmine itu yang meluahkan rasa kecewa kerana dikatakan telah dicurangi Aliff mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.
Ads
Sementara itu, Bella yang temui pada Rabu memaklumkan kepada media dirinya sudah berjumpa Sarah Yasmine dan mendakwa dia ialah antara salah seorang 11 individu yang pernah Aliff Aziz curangi.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak Aliff Aziz mahupun Ruhainies susulan pendedahan yang dilakukan Sarah.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Syafiq Kyle percaya setiap watak didalam filem Sheriff: Narko Integriti mempunyai kekuatan tersendiri meskipun ramai yang menyifatkan watak Nazri lebih menonjol berbanding yang lain.
Menurut Syafiq, watak Nazri mungkin dilihat lebih ke hadapan kerana dia merupakan tunjang utama kepada penceritaan filem ini.
“Mungkin sebab itu watak ‘Meth Killer’ dimatikan. Meth Killer memang tunjang utama filem ini. Kita nak bagitahu yang matlamat tidak menghalalkan cara.
“Saya hanya mengikut apa yang terkandung di dalam skrip. Setiap plot dalam filem ini ada sebab yang tersendiri.
“Kalau nak kata watak saya menenggelamkan watak utama, saya rasa watak Sheriff lagi besar kerana kisahnya lebih menyeluruh. Dia yang menyelesaikan segalanya.
“Filem ini digerakkan melalui kekuatan plot itu sendiri. Terpulang kepada penonton menilai,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Syafiq akui teruja apabila dapar bergandingan dengan dua nama besar dalam industri filem tempatan iaitu Zul Ariffin dan Datuk Aaron Aziz.
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat digandingkan dengan Aaron dan Zul Ariffin buat pertama kalinya. Saya sebenarnya gemuruh nak berlakon dengan mereka.
“Saya baru ada dua hingga tiga filem sahaja tapi mereka lebih berpengalaman. Saya sangat senang bekerja dengan Zul dan kami ada banyak babak bersama.
“Kami tak banyak berlatih dialog sebaliknya ia berlaku secara bersahaja. Sama juga dengan Datuk Aaron,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, naib juara Hero Remaja 2012 akui lega kerana dapat mengatasi segala cabaran ketika menyempurnakan filem ini.
“Babak paling mencabar adalah ketika permulaan dan pengakhiran filem. Kita susah nak jalani penggambaran dalam hujan. Babak permulaan itu kita shoot tiga hari.
“Babak pertarungan dengan Aaron pula banyak bermain emosi. Babak tersebut juga mengambil masa selama tiga hari. Kami banyak tercampak dan kurang bertarung secara dekat.
“Kebanyakkan babak aksi saya buat sendiri tapi ada juga yang guna stuntman,” akhirinya.
Terdahulu, filem Sheriff: Narko Integriti telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton selepas meraih kutipan lebih RM16.3 juta selepas empat hari tayangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Bekas pemain bola sepak negara Zaquan Adha telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas kakak iparnya yang juga merupakan pelakon, Rita Rudaini di laman Instagram pada Jumaat.
Menurut Zaquan, kenyataan tersebut merupakan fitnah dan boleh mencalarkan imej dirinya dan keluarga.
“Saya baru selesai buat laporan polis berkenaan hantaran Instagram Stories yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini yang berunsurkan fitnah bagi saya.
“Ia fitnah melibatkan saya dengan keluarga,” katanya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram selepas selesai membuat laporan polis.
Semalam, bekas pemain Negeri Sembilan ini ada menjawab pertanyaan daripada pihak media mengenai kemelut diantara abangnya Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.
Dalam temubual tersebut, Zaquan memaklumkan dia enggan memberikan sebarang komen tapi akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aidil dan Rita untuk menyelesaikan masalah diantara mereka.
Tidak lama selepas itu, Rita tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaquan itu.
Menurut Rita, Zaquan merupakan individu yang mengambil barangan milik abangnya di rumah mereka satu ketika dahulu.
Malah, Rita turut mendakwa Zaquan telah menghantar mesej kepada Aidil bagi memaklumkan anak yang dikandung Rita adalah bukan anak kepada abangnya.
Hantaran tersebut kemudiannya tular dan mendapat perhatian netizen.
Sehubungan itu, Zaquan menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
“Ini adalah laporannya dan saya serahkan hal ini kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, pelakon filem Mami Jarum Junior itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Kesan perceraian, baik Rita atau Aidil, ada sahaja perkara berbangkit, terutama berhubung soal nafkah anak.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,15,dan Airit Qaqa Arjuna,13.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video...