Pelakon senior, Jasmin Hamid berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihan, sebentar tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Jasmin menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Jamin, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan segala perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT buat dirinya selama ini.
“Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain.
Sebagai seorang hambaNya yang beriman, wajib percaya bahawa JODOH, MAUT dan REZEKI adalah RAHSIA ALLAH.
“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT. Ia juga adalah BERKAT DOA ibu bapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya,” tulisnya.
Ads
Jelas pelakon drama, Cukup Derita Itu lagi, dia berharap agar perkahwinannya itu dapat menjadi asbab buat dirinya untuk sentiasa dekat bersama Sang Pencipta.
Bagaimanapun, sehingga kini, Jasmin difahamkan masih lagi belum berkongsi gerangan atau identiti penuh suaminya itu.
Dikesempatan itu juga, Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berharap agar tiada pihak yang akan berkecil hati memandangkan dia hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya. Saya hanya buat yang AFDHAL sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja.
Terima Kasih you all. Hebat Bukan?,” akhirinya.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira semain turut mendoakan semoga perkahwinan Jasmin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah tahniah kakak.
“Allhamdulillah happy for you my dear.
“Alhamdulillah tabarakallah. Happy for you kakak.
Ads
“Alhmdulilah tahniah selamat pengantin baru semoga hubungan kekal hingga ke jannah amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami, Ian Rashid sebelum memutuskan untuk bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup tersebut, Jasmin telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq dan turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA mendakwa dirinya telah ditipu bekas pengurus, baru-baru ini.
Menurut Diva AA, individu berkenaan dikatakan tidak bersikap jujur dengan dirinya sepanjang berkerjasama, sebelum ini.
“Pada mulanya dia yang beria-ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku. Selepas itu saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia, semua okey.
“Kemudian dia tidak bersikap jujur dan telus dengan saya menjadi punca ini semua terjadi.
“Saya tak boleh nak berkerja dengan orang macam ni tambahan pula dia ada kes polis.
“Benda ni saya nak dia sedar… bila kau ada kes polis dan berkerja dengan aku, tak pernah nak jujur dengan aku, jadi saya harap dia selesaikan kes dia dengan polis dengan segera.
“Jadi sudah pasti selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk percaya dengan orang di sekeliling saya,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Diva AA kini sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan minyak angin jenamanya sendiri.
Sebagai permulaan sebanyak 5,000 botol dikeluarkan dengan kandungan 10 mililiter pada harga RM11 sebotol. Minyak Angin Diva AA ‘See My Level’ ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot dan sebagainya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin masih belum melupakan fasa hitam yang melanda Bella Astillah, netizen terus melontarkan kata-kata kecaman kepada Aliff Aziz di laman Instagram.
Walau apa sahaja posting terbaharu dimuat naik, ruang komen dipenuhi tulisan berbaur hinaan dan pelbagai gelaran.
Malah, penyanyi berasal dari Singapura ini secara sinis dikatakan mengikut jejak langkah isteri menawarkan servis iklan berbayar.
Namun, penyanyi Sayang Sayang ini tidak melatah, sebaliknya matang mengendali situasi.
Setiap kecaman dibalas dengan doa memohon kebaikan buat semua.
Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar kasih Bella kembali bertaut.
Segala yang berlaku sudah pasti ada hikmah tersembunyi. Semoga segalanya berakhir dengan kebahagiaan.
Foto : Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsu mereka, Mikayla Delisha Hakim yang ke-3, baru-baru ini.
Meski diraikan bersama ahli keluarga, namun majlis yang mengambil tema merah itu tetap disambut meriah.
Bersempena dengan hari istimewa, Norman ada menitipkan ucapan buat anak tersayang.
“Sanah Helwah Happy 3rd Birthday cayang papa @mikayladelishahakim. Rasa mcm baru je papa iqamahkan,hari ni dah pun 3 tahun.
“Tahun pertama je dapat sambut ramai2, tahun ke-2 sempat jugak sambut, tahun ni kita sambut kita2 aje ye cayang. Semoga terus membesar menjadi anak yang solehah ye cayang…papa love u so much,” tulisnya.
Sementara itu menerusi satu hantaran lain, bintang filem Pasrah itu ada berkongsi gelagat anaknya yang bertanya mengenai suasana sambutan hari jadinya, tahun ini.
“Kayla tanya birthday dia takde kawan2 datang ke?Papa cakap bukan tak ajak,tapi tak boleh sbb ada covid.Pastu pujuk dia papa,mummy,abang2 semuakan ada?Dia macam sad.Dah pujuk,cium2 sikit baru dia ok.Bagi belon baru dia ceria balik.
“Terima kasih semua untuk ingatan,doa & ucapan buat @mikayladelishahakim. Semoga doa yang baik2 akan kembali semula kepada yang mendoakan,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, Memey turut mengambil peluang untuk turut memberikan hadiah buat kesemua anaknya di dalam majlis tersebut.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011 dan selain Mikayla, pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Muhammad Darwisz Hakim,8, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 6.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.