Cef Selebriti, Anis Nabilah bersyukur dan teruja apabila menerima Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020, sekaligus menjadikan dia antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.
Menurut Anis, 35, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, kejayaan itu menjadi antara pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang lebih 13 tahun pembabitannya sebagai cef selebriti.
“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.
“Diakui sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar di belakang saya. Ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang mana memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.
“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.
Jelasnya lagi, sejak diwakili syarikat itu ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.
Ads
“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.
“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.
Berkongsi lanjut kerjasama terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata apa yang dicapai hari ini juga adalah berkat saling percaya antara kedua belah pihak.
Ads
“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia. Kebetulan saya duduk bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya cakap apa yang nak dicapai dalam industri ini. Jadi kami terus bincang. Malah, dia faham apa saya nak.
“Walaupun hanya bersembang, tapi kami terus serasi. Dia ada kepercayaan pada saya. Tidak banyak perbincangan dibuat sebelum saya memberi kata putus untuk menyertai mereka. Sejak itu kami terus bincang apa yang saya mahu dan perancangan ke depannya.
“Kalau nak bercakap dari segi kontrak, memang tidak ditetapkan pun lagi berapa lama. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti masing-masing nak mara ke depan dan bersama-sama teroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya.
Ads
Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.
“Tahun lepas ketika Covid-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.
“Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.
“Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa.
“Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hujung Disember lalu, pelakon Zila Bakarin ada berkongsi sekeping foto lengkap mengenakan tudung yang sekali gus mengundang perhatian ramai menerusi Instagram.
Sambil menulis kapsyen humor pada foto selfie yang dimuat naik, rata-rata peminat turut memuji penampilan terkininya selain mendoakan agar bintang ini kekal istiqamah.
A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on
Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan peminat mendapat reaksi balas dari Zila yang turut memberi penjelasan mengenai dirinya yang kini telah pun mengenakan hijab.
“Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya,” maklum bintang drama Dendam Aurora itu selepas ditanya mengenai detik dirinya berhijab.
Mengambil tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena yang bersiaran di TV3 ketika ini diperkatakan ramai susulan sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu.
Malah, ia secara tidak langsung turut memberikan cerita yang segar kepada penonton.
Kisah seorang guru yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman lalu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa menambahkan lagi kekuatan drama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, Pahang ini.
Menurut Penerbit dari syarikat penerbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak, gembira atas sambutan yang diterima sekaligus menyifatkan ia ‘tuah’ buat mereka yang berani mempertaruhkan tema yang lain daripada yang lain.
“Memang saya berterima kasih kepada TV3 yang percaya kepada karya Anak Sena memandangkan ia sedikit berbeza daripada tema yang biasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi sekarang dalam musim bulan Kemerdekaan sudah pasti temanya bersesuaian dengan mood ketika ini.
“Paling saya berterima kasih apabila terbaca mengenai komen-komen positif yang ditinggalkan oleh penonton yang suka dengan drama ini.
“Selain itu, ada yang suka dengan tema guru yang terpaksa berpindah ke pedalaman dan ada juga yang rindukan Taman Negara. Apa sahaja yang positif kami hargai,” katanya.
Anak Sena memaparkan kisah Sena yang juga merupakan tok batin daripada suku Bateq yang mahukan perubahan berlaku kepada anak-anak Orang Asli melalui pendidikan.
Namun, pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya termasuklah tentangan daripada sekeliling yang masih menganggap pendidikan tidak penting berbanding ilmu hidup di dalam hutan.
Drama yang diterajui Ben Amir sebagai Cikgu Amir, yang turut berhadapan dengan pelbagai konflik dalam mendidik anak bangsa sehinggakan terpaksa melalui pelbagai dugaan demi menyelamatkan anak muridnya untuk terus menghabiskan pelajaran di sekolah.
“Banyak kisah menarik yang digarap melalui drama ini. Pelbagai suka-duka yang tidak pernah diketahui umum divisualkan untuk tontonan semua. Konflik demi konflik yang berlaku memberikan nilai tambah kepada kisah Anak Sena.
“Setidaknya kisah mereka memberikan kita pengajaran berguna. Apa yang kita lihat berbeza dengan apa yang dilalui oleh sebahagian daripada kita,” kata Jaja lagi.
Dalam pada itu, Jaja mendedahkan, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui kru produksi sepanjang penggambaran. Disebabkan lokasi yang sedikit jauh dari Kuantan, sudah pasti mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak awal lagi.
Mengakui produksi kali ini memberikan cabaran berbeza, dia bagaimanapun bersyukur kerana pelakon dan kru yang terlibat tidak berhadapan dengan masalah besar sehingga menyebabkan penggambaran ditanggungkan.
“Ini merupakan sumbangan kecil kami untuk masyarakat dengan memaparkan kisah yang jarang mendapat perhatian. Setidaknya kita boleh memperbanyakkan lagi naskhah sebegini untuk menyemai semangat cintakan negara dan meraikan kepelbagaian.
“Paling menggembirakan apabila ada yang mula belajar banyak perkara tentang suku kaum masyarakat Orang Asli yang jarang didedahkan kepada umum. Itu cukup memberikan kepuasan kepada pengkarya seperti kami,” katanya.
Jaja sebelum ini turut berpengalaman luas dalam bidang penerbitan drama dan travelog.
Anak Sena ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary TV3.
Selain Ben Amir, antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Sasha Abedul, Hadi Putera, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai.
Anak Seni turut membawa Azwan Ali sebagai penampilan istimewa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Ajak berkongsi cerita ketika dia ternampak seorang individu yang berkerja sebagai penghantar makanan (rider) sedang mendirikan solat.
Kejadian tersebut difahamkan berlaku satu di bahu jalan di sekitar kawasan perumahan hos berkenaan.
Menurut Ajak, ia berlaku dan dilhat secara tak sengaja, yang mana ketika dia dalam perjalanan pulang dari berjoging.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu, Ajak turut kagum dengan keperibadian individu terbabit.
Lalu, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memohon ramai agar mendoakan kesejahteraan buat individu terbabit.
“Office Ajak dengan rumah dekat sangat. Haritu masa tengah jogging nak balik,ternampak Abg ni solat kat tepi jalan.
“Kebetulan keadaan sunyi waktu tu. Jadi Ajak tolonglah jagakan belakang Abg tu takut kalau2 anjing liar datang kacau. Sebelum habis dia bagi salam Ajak terus jalan.
“Mungkin Abg ni xtau Ajak rakam dia. Maaf Bang, tau Abg xnak tunjuk. Tapi saya kagum dan saya yg nak kongsi. Sama2 kita doakan rezeki Abg ni. Korang kalau ada masa tu sempat2kanlah eh,” tulisnya.
Kebelakangan ini, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dirinya sering mengalami masalah kurang keyakinan diri, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan orang ramai selain menjalani rutin harian sebagai ibu baharu.