Tahniah diucapkan buat pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor, yang telah selamat menerima kehadiran cucu keempatnya, pada Isnin.

Lebih bermakna, penantian kira-kira 32 tahun berakhir apabila impian bintang filem Castello untuk menerima cucu lelaki pertama tercapai.

Berita gembira itu dikongsikan Rosyam menerusi satu entri di Instagram yang dikemas kini.

Dia sebelum ini sudah pun mempunyai tiga cucu perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

IKLAN

“Terima Kasih Allah…,” – 32 Tahun Menanti, Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu.

“HASIL PERKAHWINAN AKU. Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah. HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz. Dikuniakan 3 Cucu Perempuan. Alhamdullilah,” tulisnya.

Sambil menzahirkan rasa syukur, dia turut bertanya kepada pengikut akan nama sesuai yang boleh diberikan buat cucu terbarunya itu.

IKLAN

“Terima Kasih Allah…,” – 32 Tahun Menanti, Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki

“Proses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah.

IKLAN

“CUCU LELAKI, yeyyyy. Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?,” tulisnya lagi menerusi lampiran foto kad kelahiran.

Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat ibu dan anak yang baru dilahirkan.

“Terima Kasih Allah…,” – 32 Tahun Menanti, Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki “Terima Kasih Allah…,” – 32 Tahun Menanti, Rosyam Nor Gembira Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Foto: Instagram Rosyam Nor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI