Perkongsian pelakon, Ozlynn Wati yang memaparkan tempat penyimpanan stok barangan dapur rumahnya nyata menarik perhatian ramai pihak.

Menurut Ozlynn, ruangan tersebut sememangnya lengkap dengan pelbagai jenis barangan daripada makanan dan minuman sehinggalah ke kelengkapan dapur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Siapa tau bilik rahsia aku ni? Memang akan diorang selongkar. Ni baru setempat, kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Makanlah jangan hanya di pandang.

“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pon ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.

“Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari.
Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis..senang,” tulisnya.

“Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit “Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit

Jelas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu lagi, stok-stok barangan tersebut turut akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang sedang terdesak atau memerlukan bantuan

IKLAN

“Siapa tersedak or terdesak kawan-kawan or adik badik, memang diorang tahu nak selongkar mana. Ni la syurga aku.

“Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Nak syampoo ke pencuci baju ke, hahaha memang mudah kena rembat,” ujarnya lagi.

“Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit “Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit

Dikesempatan itu juga, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut memanjatkan doa semoga lebih ramai orang di luar sana akan dimurahkan rezeki terutamanya untuk membantu mereka yang sedang memerlukan.

“Yang penting sebelum amik kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ni memang aku paksa. Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.

IKLAN

“Aku doakan semoga korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya lagi.

“Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum sifat pemurah tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlynn akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Semoga dilimpahi rezeki yang luas kakak dan abang.

“This is what we call heaven untuk mak-mak yang rajin memasak. Doakan saya pun dapat macam ni juga.

IKLAN

“Wah, idaman setiap wanita.

“Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Sebelum Ambil, Doa Dulu Untuk Keluarga Aku,” – Boleh Miliki Kalau Terdesak & Perlu Bantuan, Ozlynn Wati Kongsi Bilik Rahsia Macam Kedai Runcit

Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ozlynn Wati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI