Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri majlis fesyen, Kuala Lumpur Fashion Week 2021 yang berlangsung pada minggu lalu.

Kehadiran Siti di majlis tersebut nyata menarik perhatian ramai gara-gara jam serta beg tangan berjenama mewah yang diperagakannya dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta.

“Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan “Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan

Menerusi temubual bersama program, Melodi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dia sebenarnya tidak pernah tahu mengenai harga jam tersebut memandangkan ia merupakan hadiah pemberian daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

“Bila bercakap mengenai perkara ini, jam tersebut sebenarnya merupakan hadiah pemberian daripada suami saya.

“Saya pun tak pernah bertanya ‘B, berapa harga jam ni?’. Apa yang suami hadiahkan, alhamdulillah saya terima. Suami memang suka melihat saya bergaya dan dia juga gemar membeli koleksi-koleksi jam.

“Bagi saya, tiada isu pun mengenai perkara ini. Sebagai seorang isteri, saya menghargai dan saya pakai.

IKLAN

“Saya tidaklah sampai nak bagitahu berapa banyak atau berapa harga jam tersebut. Saya sebolehnya tidak mahu memperbesarkan perkara-perkara kecil ini,” katanya.

“Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan

Ditanya mengenai beg tangan mewah yang dikatakan dibeli semata-mata untuk melangkapkan gayanya pada majlis tersebut, ini reaksi yang diberikan oleh penyanyi lagu Anta Permana ini;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Secara jujurnya saya bukan orang gemar pergi ke acara fesyen ini sebab saya bukan orang yang sebegitu. Kalau saya pergi pun atas kapasiti kerja seperti majlis anugerah, acara karpet merah dan sebagainya.

IKLAN

“Oleh kerana saya menyokong Rizman Ruzaini, saya pergi. Saya sendiri melihat kejayaan mereka. Mereka dahulu hanya pelajar UiTM yang datang ke rumah dan merayu nak buat baju saya. Kerjasama itu terjalin sampai sekarang.

“Sebagai tanda menghargai persahabatan itu, saya pun pergi ke acara fesyen tersebut. Saya tak pandai sebenarnya nak ‘matching’ pakaian saya. Rizman kata beg ini tak berapa sesuai dengan baju saya.

“Saya pun dah lama tak pergi shopping. Dia kata ada satu beg ni memang cantik. Boleh matching sangat dengan baju saya. Kebetulan saya pun dah lama tak spent untuk diri sendiri. Sebagai menghargai usaha dan penat lelah bekerja, saya pun belilah beg tersebut,” kongsinya lagi.

“Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan

IKLAN

Dalam pada itu, Siti turut memberitahu, dia sebenarnya bukanlah seorang ‘kaki shopping’ namun segalanya disediakan oleh oleh suaminya.

“Kalau tanya suami saya pun dia akan setuju. Saya bukan kaki shopping. Saya rasa dia sangat beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping.

“Tapi suami saya suka untuk melihat isterinya kelihatan cantik dan bergaya. Apa sahaja barang saya seperti jam, beg tangan dan barang kemas, semuanya disediakan oleh suami saya,” akhirinya.

“Apa Yang Suami Hadiahkan, Saya Terima,”- Viral Jam & Handbag TokTi Di KLFW 2021 Dianggar Nilainya Lebih RM 1 Juta, Ini Reaksi Tuan Badan

Sumber: Youtube Melodi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI